logo
Yayasan Islam Kelantan
Qiyamullail Ramadhan YIK 2010 Mengejar Lailatul Qadar
Jumaat, 27 Ogos 2010 20:15

 

 "Waspada ketika membeli makanan dan kuih-muih di Bazar Ramadhan dan pasar malam", demikian antara intipati nasihat amanat Pengarah Yayasan Islam Kelantan, En. Ahmad Robert Abd Rahim kepada warga kerja YIK  selesai sahaja program Qiyamullail Ramadhan YIK 2010 yang dilansungkan pada 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan.

Beliau tmenegaskan demikian kerana kebimbangan terhadap penularan penyakit demam denggi dan penyakit lain akibat tahap kebersihan makanan yang rendah terutamanya yang dijual di gerai-gerai makanan di negeri Kelantan.

Program Qiyamullail Ramadhan 2010 seawal 4 pagi itu telah dimulakan dengan solat tasbih 4 rakaat yang diimamkan oleh Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Ustaz Sukeri Hussin. Ianya kemudian diikuti dengan solat tahajjud 4 rakaat yang diimamkan oleh Penolong Pengarah Penilaian & Peperiksaan,Ustaz Che Kamarudin Kamel Che Muhammad.

Acara sahur beramai-ramai di Dewan YIK memeriahkan lagi suasana program tersebut. Program diteruskan semula dengan solat subuh berjemaah diimamkan oleh Ustaz Muslim Che Yusof, dan tazkirah selepas subuh disampaikan oleh Ustaz Wan Roslan Hamat yang berkisar mengenai kehebatan Al-Quran bersempena dengan hari sambutan Nuzul Quran yang jatuh pada hari yang sama.

Turut hadir di program tersebut adalah Timbalan Pengarah Pengurusan, Timbalan Pengarah Sekolah,penolong-penolong pengarah, pegawai dan semua kakitangan lelaki pejabat Yayasan Islam Kelantan.

 

 
MAIK Akan Menimbang Penambahan Jumlah Biasiswa Kecil
Khamis, 26 Ogos 2010 06:06

 

 

 

"MAIK akan menimbang penambahan jumlah biasiswa kecil kepada YIK". Demikian yang dinyatakan oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dato’ Haji Kamaruddin b. Mohd Zain di Majlis Penyampaian Cek bantuan Biassiwa Kecil MAIK 2010 di Yayasan Islam Kelantan.

 Selain itu MAIK turut menyumbang kepada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajar ke luar negeri sebanyak RM3000 seorang.

Hasrat untuk memanfaatkan wang zakat itu tidak terhenti disitu sahaja malah projek-projek kecil seperti pembaikan mussala juga turut dilaksanakan.

Dalam majlis yang diadakan di dewan seminar pada 24 Ogos 2010 itu, beliau menyerahkan RM500,00.00 kepada semua pengetua YIK untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar miskin di sekolah masing-masing.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Timbalan Pengarah (Sekolah), penolong-penolong pengarah dan pegawai-pegawai Yayasan Islam Kelantan

 

 

 
Ilmu dan Taqwa Perlu Seiringan
Sabtu, 21 Ogos 2010 00:00

“Ilmu dan taqwa perlu seiring”, demikian amanat YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan di Majlis Keraian Pelajar Yayasan Islam Kelantan Ke Universiti Timur Tengah yang telah diadakan pada 16 Ogos 2010.

Beliau juga menegaskan agar pelajar-pelajar perlu berusaha lebih gigih dalam mencari ilmu pengetahuan sebaik mungkin sepanjang tempoh pengajian nanti bagi melengkapkan diri dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dalam menghadapi arus permodenan yang semakin mencabar.

Dalam majlis yang sama, YAB Tuan Guru menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar berkenaan, turut mengiringi beliau YB. Dato'. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan & Dakwah negeri Kelantan, Dato’ Nik Amar Nik Abdullah dan Pengarah Yayasan Islam Kelantan, En. Ahmad Robert Abd Rahim.

Seramai  197 pelajar akan menyambung ke Mesir (bidang Perubatan 20 orang,Tahfiz 25 orang, Pengajian Islam 155 orang), 72 pelajar ke Jordan di dalam pengajian Islam dan 4 orang pelajar ke Morocco bermula 18 Ogos 2010.

Majlis itu juga turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar dan semua pengetua-pengetua  sekolah YIK.

 
Selamat Datang Ramadhan
Rabu, 18 Ogos 2010 21:48

 


“Ramadhan yang bertandang perlu disambut oleh semua kaum muslimin, dan untuk mengalu-alukan kehadirannya, kelengkapan-kelengkapan sambutan perlu disiapkan, sebagaimana kebiasaan kita untuk menyambut ketibaan tetamu-tetamu” demikian ulasan Timbalan Pengarah Sekolah Tn. Hj. Mohamed Ya dalam Tazkirah Ramadhan yang disampaikan pada hari kedua Ramadhan.

 

Beliau turut menyentuh keperluan seseorang meneliti kembali sejauhmana kecintaannya kepada Ramadhan dengan menguji perasaan sebenar apabila Ramadhan semakin hampir, sekiranya kita merasa gembira dan seronok menunjukkan kita benar-benar rindu untuk bertemu Ramadhan,sebaliknya jika bukan demikian, muhasabah perlu dilakukan untuk mengembalikan kita mencintai perintah Allah.

Tn. Hj. Mohamed Ya yang merupakan pentazkirah pertama selepas dari amanat Pengarah turut meminta agar semua kakitangan mengikhlaskan niat sehingga menjadikan amalan yang diterima Allah s.w.t

Beliau mengakhiri tazkirah dengan harapan agar pengajaran Ramadhan ini dapat diterapkan dalam kehidupun semua dan akhirnya dapat melahirkan manusia yang takut gerun kepada Allah dalam segenap sendi aktiviti.dan tidak memberi hanya memberi tumpuan untuk memuaskan kehendak perut semata-mata malah keperluan sebenar melewati daripada itu.dan elakkan diri dari melakukan pembaziran.


 

 
 
« MulaSblm12345678910SeterusnyaTamat »

Muka 1 daripada 15

Terkini

10 Ogos 2010 - Mesyuarat Agong PIBG Ke 2 MTS Kok Lanas

 

11 Ogos 2010 - Mesyuarat Pengurusan YIK

 

12 Ogos 2010 -  Majlis Tadarus Ramadhan Bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara setia Menteri besar Kelantan

 

 16 Ogos 2010 - Majlis Keraian pelajar Ke Timur Tengah di Dewan YIK.

WebYIK Online

Waktu Pejabat

AHAD - RABU
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 4.45 ptg

KHAMIS
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 tgh - 4.30 ptg

Diari YIK

September 2010
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

Login



Langgan berita YIK

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

YouCMSAndBlog Module Generator Wizard Plugin

Alih Bahasa

Soundtrack

Ikuti kami di Facebook!

Video Lagu Kelantan

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Perbankan Internet

Undian

Apakah pandangan anda mengenai mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh YIK?
 

Tetamu Web YIK

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday398
mod_vvisit_counterYesterday729
mod_vvisit_counterThis week3423
mod_vvisit_counterThis month1895
mod_vvisit_counterAll198991

Maklum Balas Perkhidmatan

Apakah pandangan anda mengenai mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh YIK?
 

Bantuan Online

Telephone number of Nik Ramzi 09-7127806




Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK. by using XHTML and CSS.