Kemaskini Pada: 06 September 2010
| Perutusan Pengarah Sempena Hari Guru 2010 |
| Ahad, 30 Mei 2010 21:13 |
|
PERUTUSAN PENGARAH YAYASAN ISLAM KELANTAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2010 Alhamdulillah marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnia dan izinNya dapat sekali lagi kita berpeluang menyambut HARI GURU pada tahun 2010 ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada seluruh warga pendidik Yayasan Islam Kelantan yang telah menabur bakti dan mencurahkan tenaga untuk melestarikan generasi yang berilmu dan beriman. Saya juga merakamkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga di atas segala usaha gigih dan kesanggupan para guru meletakkan keutamaan kecemerlangan pelajar melebihi perkara lain sehingga pelajar sekolah-sekolah YIK mampu bersaing di peringkat nasional. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, tunjang utama yang menjadi paksi kekuatan ialah keikhlasan dan kejujuran. Guru-guru seharusnya sedar bahawa tanggungjawab yang diterima itu seharusnya dipikul dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dengan memahami dan menyedari hakikat kebertanggungjawaban ini, kita bukan sahaja perlu melunaskan tuntutan pihak atasan semata-mata, malah bertanggungjawab kepada Allah s.w.t sehingga kita dapat menyempurnakan segala tugas melebihi dari ganjaran segera yang diterima. Keikhlasan akan menghilangkan segala keresahan dan keluhan yang mungkin timbul setelah berpenat lelah dalam menyelesaikan tanggungjawab. Guru-guru yang dihormati sekalian, Nilai keikhlasan amatlah berharga bagi melahirkan ketekunan yang mampu menempa kejayaan. Bertolak dari sinilah para guru perlu menumpukan usaha yang bersungguh-sungguh sehingga mampu melonjak prestasi kecemerlangan dalam setiap peringkat. Yayasan Islam Kelantan amat berbangga dengan kesungguhan dan prestasi kecemerlangan yang telah ditunjukkan sebelum ini dan ianya menggambarkan bahawa guru-guru Yayasan Islam Kelantan mempunyai tahap kecekapan dan kemahiran yang setanding dengan guru-guru lain dalam negara ini. Syabas dan tahniah kepada guru-guru sekalian. Sekiranya kita dapat mengekalkan budaya yang berteraskan keikhlasan ini, saya yakin dan percaya kejayaan demi kejayaan dapat kita raih saban tahun. Meskipun demikian, usaha perlu sentiasa dipertingkatkan dengan pengisian ilmu yang berterusan untuk penambahbaikan sehingga kita mampu melahirkan satu pasukan yang padu dan ampuh. Guru-guru yang dihormati sekalian, Pembinaan satu pasukan kerja yang mantap merupakan cabaran dalam membina kecemerlangan ini, sekiranya guru-guru mampu menerima tugasannya sebagai ibadah, sentiasa inovatif, suka menyumbang dan “resourceful’ ia akan melahirkan satu suasana kerja yang cukup menyeronokkan dan selari dengan perkembangan dunia sekeliling. Penerimaan hakikat ini tentunya akan mendatangkan kepuasan bekerja dan semangat untuk terus menjalankan tugas dan sentiasa bersikap proaktif. Guru-guru adalah merupakan cermin yang cukup berkesan kepada para pelajar, pengaruh teladan dari guru cukup bermakna kepada pembentukan jatidiri pelajar pada masa hadapan. Justeru itu, guru-guru perlu menampilkan contoh yang terbaik dan murabbi yang berkesan sehingga mampu menjadi ikutan serta idola mereka setelah dewasa. Saya mengharapkan agar guru-guru Yayasan Islam Kelantan dapat mengelakkan diri dari pelbagai prasangka dan tohmahan negatif yang bukan sahaja melibatkan individu berkenaan tetapi tempiasnya tetap akan menimpa institusi yang kita sayangi ini. Akhir sekali, saya mengajak semua warga pendidik agar dapat memberi yang terbaik untuk lahir sebagai “Guru Pembina Negara Bangsa” dengan melengkapkan proses pembinaan itu selaras dengan tuntutan Islam. Sebarang kesilapan dalam memberi pendidikan kepada mereka pada hari ini akan membawa akibat buruk yang berpanjangan. Marilah sama-sama kita mendoakan agar diberi keberkatan dan dikurniakan keikhlasan dalam membawa misi mulia mendidik generasi untuk menjadi manusia berguna yang mampu berkhidmat untuk agama, bangsa, masyarakat dan Negara. Sekian Wasalam Pengarah Yayasan Islam Kelantan 16 Mei 2010 |
Terkini
|
Aplikasi Online
Waktu Pejabat
| AHAD - RABU 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 ptg - 4.45 ptg KHAMIS 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 tgh - 4.30 ptg |
Diari YIK
Berita Terkini
Informasi Pendidikan
Agensi-Agensi
RSS Portal YIK
English Version
Alih Bahasa
Soundtrack
Ikuti kami di Facebook!
Video Lagu Kelantan
You must have Flash Player installed in order to see this player.
Perbankan Internet
Akhbar Online
Undian
Tetamu Web YIK







![]() | Today | 814 |
![]() | Yesterday | 1574 |
![]() | This week | 9265 |
![]() | This month | 14578 |
![]() | All | 211673 |
Bantuan Online
Pautan Kerajaan Malaysia
Pautan Pendidikan
Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK.
by using XHTML and CSS.







nixkcode
09-7127806
yik
kelantan.edu.my