logo
12 Kakitangan terima Anugerah Khidmat Cemerlang
Jumaat, 04 Jun 2010 13:17

Kota Bharu:     Seramai 12 orang kakitangan Pejabat Yayasan Islam Kelantan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang untuk tahun 2009. Majlis yang diadakan pada 2 Jun 2010 di Grand Riverview Hotel merupakan program yang julung-julung kali diadakan untuk memberi penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan khidmat cemerlang sepanjang tahun 2009 dalam berbagai kategori.

 

Dari kategori Pengurusan dan Profesional, Tn Haji Abdul Kadir b. Othman mendahului penerima dari Unit Pembangunan, diikuti oleh Tn Hj Che Kamarudin Kamel b Che Muhammad dari Unit Penilaian dan Peperiksaan dan Tn. Haji Wan Roslan b. Wan Hamat dari Unit Perkhidmatan Guru.

 

Manakala dari kakitangan Sokongan 1 penerima terdiri dari Nik Hasmahwati bt Nik Yaacob, En. Khalid b. Yaakob,dan Hj. Mohamad b Ismail.

 

 

Dari kumpulan sokongan II pula terdiri dari Pn Azzah b. Abd. Rahman, Mastura Arifin dan Siti Meriam Ismail.

 

 

Penerima anugerah dari kumpulan Pra ialah En. Abang Ali Basah b. Abang Kipli, Mustafa Abdul Rahman dan Mohd Sukeri Ismail.


Pengarah YIK dalam ucapan alu-aluannya melahirkan rasa gembira dan sukacita kerana dapat memberi pengiktirafan kepada usaha dan kerja keras kakitangan dalam melonjak kecemerlangan Yayasan Islam Kelantan sesuai dengan apa yang telah digariskan dalam Perancangan Pelan Strategik YIK 2010-2015.

Selain itu, pegawai dan kakitangan perlu sentiasa membuat perubahan demi meningkatkan perkhidmatan memajukan pendidikan Islam. Beliau turut mengharapkan agar pengurusan dapat dimantapkan dengan memperkenalkan program-program penambahbaikan dari masa ke semasa.


Majlis Makan Malam ini turut diserikan dengan persembahan-persembahan dari Bahagian Akademik, Bahagian Sekolah dan Bahagian Pengurusan. Turut menambahkan kemeriahan program,  sebanyak 35 cabutan bertuah telah diadakan dengan menyediakan satu cabutan mega.'

Hadir sama dalam majlis berkenaan YB Dato’ Mohd Amar b. Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan.

 

Untuk gambar-gambar sekitar Malam Anugerah Khidmat Cemerlang, boleh lihat di album kami -->> disini

 

Terkini

10 Ogos 2010 - Mesyuarat Agong PIBG Ke 2 MTS Kok Lanas

 

11 Ogos 2010 - Mesyuarat Pengurusan YIK

 

12 Ogos 2010 -  Majlis Tadarus Ramadhan Bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara setia Menteri besar Kelantan

 

 16 Ogos 2010 - Majlis Keraian pelajar Ke Timur Tengah di Dewan YIK.

WebYIK Online

Waktu Pejabat

AHAD - RABU
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 4.45 ptg

KHAMIS
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 tgh - 4.30 ptg

Diari YIK

September 2010
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

Langgan berita YIK

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

YouCMSAndBlog Module Generator Wizard Plugin

Alih Bahasa

Soundtrack

Ikuti kami di Facebook!

Video Lagu Kelantan

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Perbankan Internet

Undian

Apakah pandangan anda mengenai mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh YIK?
 

Tetamu Web YIK

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday786
mod_vvisit_counterYesterday1574
mod_vvisit_counterThis week9237
mod_vvisit_counterThis month14550
mod_vvisit_counterAll211645

Bantuan Online

Telephone number of Nik Ramzi 09-7127806




Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK. by using XHTML and CSS.