|
![]()
Alhamdulillah, pertamanya saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnia serta inayahNya dapat kita bertemu di bawah bumbung Yayasan Islam Kelantan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bertemu kepada semua warga Yayasan Islam Kelantan dalam rangka untuk sama-sama melonjak kecemerlangan yang berterusan. Sesungguhnya asas kejayaan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada sejauhmana langkah penambahbaikan yang dilaksanakan. Untuk itu saya melihat antara asas yang menjadi keutamaan ialah membuat analisis secara mendasar kepada semua aspek yang berkaitan, Antaranya ialah membuat analisis SWOT, melihat tentang kekuatan dan keupayaan yang ada pada kita, memahami kemampuan sebenar sesebuah organisasi dan tahap jangkauannnya. Saya melihat kekuatan ini menerusi tenaga kerja yang berpotensi dan sekiranya dibina secara sistematik YIK mampu melahirkan satu pasukan yang cukup kuat untuk menuju kecemerlangan. Selain kekuatan kita juga perlu melihat kepada kelemahan dan kekurangan-kekurangan yang ada khususnya dari sudut pembiayaan yang terhad dan sumber kewangan yang terbatas. Begitu juga dengan peluang-peluang yang ada untuk kita mengatasi permasalahan dalaman dan luaran. Untuk melengkapkan analisis ini sudut terakhir yang perlu dibuat ialah pemerhatian kepada ancaman. Ancaman bukan sahaja dari luar organisasi, malah yang menjadi barah mengundang bahaya ialah ancaman dalaman. Ianya bermula dari mana-mana kakitangan yang bermasalah dan sekiranya tidak dibendung akan merebak dan menular kepada kakitangan-kakitangan yang lain. Justeru itu saya menaruh harapan yang tinggi kepada semua kakitangan dan warga kerja Yayasan Islam Kelantan bermula dari pihak pengurusan sehinggalah ke peringkat pelaksanaan supaya dapat bersama-sama saya memperkukuhkan pengurusan jabatan ini dan sentiasa komited dengan agenda yang telah dirangka sepanjang masa. Saya juga berharap dengan peluang yang ada pada saya menerajui YIK ini akan saya gunakan untuk menabur bakti memperkasakan sekolah-sekolah agama bermula dengan memperkemaskan Jawatankuasa Panel Penasihat dan Lembaga Tatatertib yang dapat membuat teguran dan tindakan kepada guru dan kakitangan bermasalah seterusnya mengadakan forum terbuka antara pihak pengurusan YIK dengan para pengetua sebagai jambatan penhubung serta menjadi medan untuk menyelesaikan apa jua permasalahan dan kekeliruan yang berbangkit. Saya juga melihat perlunya sudut kebajikan diberi perhatian dan langkah menubuhkan Tabung Khairat Kematian Guru dan Kakitangan baru-baru ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kakitangan yang ditimpa musibah disamping menunjukkan rasa kebersamaan dari rakan sejabatan
Ahmad Robert b. Abd. Rahim
|
Terkini
|
Aplikasi Online
Waktu Pejabat
| AHAD - RABU 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 ptg - 4.45 ptg KHAMIS 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 tgh - 4.30 ptg |
Diari YIK
Berita Terkini
Informasi Pendidikan
Agensi-Agensi
RSS Portal YIK
English Version
Alih Bahasa
Soundtrack
Ikuti kami di Facebook!
Video Lagu Kelantan
Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]
Perbankan Internet
Akhbar Online
Undian
Tetamu Web YIK







![]() | Today | 1623 |
![]() | Yesterday | 1262 |
![]() | This week | 1623 |
![]() | This month | 6936 |
![]() | All | 204031 |
Bantuan Online
Pautan Kerajaan Malaysia
Pautan Pendidikan
Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK.
by using XHTML and CSS.








nixkcode
09-7127806
yik
kelantan.edu.my