Kemaskini Pada: 29 Julai 2010
| “Tuntutlah ilmu seperti mana seorang ibu mencari anak tunggalnya yang hilang”(Hamka) |
|
|
- Capaian Awam
- Capaian Sekolah
- Capaian Kakitangan
Yayasan Islam Kelantan
|
Kursus Induksi Umum Siri Ke 3: Guru-Guru Mula Mendaftar |
|
Ahad, 18 Julai 2010 02:38 |
|
Nilam Puri: Seramai 120 org guru-guru telah dipilih untuk mengikuti Kursus Induksi Umum Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan 1 Yayasan Islam Kelantan Siri ke 3 yang bertempat di Pejabat Yayasan Islam Kelantan dan di PCB Resort.
Kursus ini merupakan siri yang ketiga dan juga merupakan siri terakhir mendapat kerjasama dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) . Kursus ini berlansung dari 18 Julai hingga 23 Julai 2010 di pejabat Yayasan Islam Kelantan dan juga di PCB Resort pada 24 Julai sehingga 29 Julai 2010.
Pihak Yayasan Islam ingin mengucapkan seribu penghargaan kepada Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Y.Bhg Dato' Dr. Muhamad bin Hamzah dan Pengarah Wilayah Timur, Tuan Abdul Rahman bin Che Hamad diatas segala kerjasama yang diberikan. Dan tidak lupa ucapan terima kasih barisan penceramah-penceramah yang menjayakan Kursus Induksi Umum Siri Ketiga ini yang terdiri daripada Pejabat SUK Kelantan, UMK dan INTAN.
Diharap para guru yang mengikuti siri kali ini dapat mencapai kecemerlangan di dalam Kursus Induksi Umum kali ini.
Semoga berjaya!
|
|
|
Karnival Silat 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki Meriah |
|
Khamis, 29 Julai 2010 11:45 |
|
Program Seni Silat diadakan pada 24 Julai 2010 (Sabtu) di Maahad Muhammadi Lelaki. Program diadakan hasil daripada cetusan idea oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.  Program seni Silat merupakan salah satu aktiviti ko kurikulum yang diambilkira dalam pengiraan peratusan 10% ke IPTA. Acara perasmian dilakukan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan. YABrs. Pengarah YIK, YBrs. Timbalan Pengarah (Akademik) dan pengetua-pengetua sekolah juga menghadiri Karnival Silat ini. Sebanyak 20 buah sekolah menyertai yang terdiri daripada 6 persatuan iaitu Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia, Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia, Persatuan seni Silat Gayung 3 Kalimah, Persatuan Seni Silat Gayung Warisan dan Persatuan Seni Silat Gayung Fatani.
Jenis Pertandingan Seni Silat terdiri daripada:-
1) Pertandingan Seni Silat Olahraga -dua orang dari sebuah sekolah
2) Pertandingan Seni Silat Tempur -dua orang dari sebuah sekolah
3) Pertandingan Seni Solo -persembahan silat (individu) Seramai 331 orang telah membuat persembahan sebelum acara perasmian penutup jam 5 Petang di padang Maahad Muhammadi Lelaki. Gambar-gambar sepanjang Karnival Silat 2010 boleh dilihat di Album YIK Online disini . |
|
Maahad Rahmaniah Kuala Krai Sambut Jubli Emas |
|
Khamis, 22 Julai 2010 03:54 |
|
Pada 15-17 Julai 2010, Maahad Rahmaniah Kuala Krai (MRKK) telah mengadakan sambutan besar-besaran jubli emas bersempena dengan 50 tahun penubuhan sekolah yg diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Qasim pada tahun 1958, lokasi awal di Guchil 3 yg dikenali dgn nama Madrasah Rahmaniah bersempena dgn nama Tuanku Abd Rahman. Majlis perasmian pembukaan dirasmikan oleh YB Nik Mohd Amar Nik Abdullah EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis turut dihadiri oleh ADUN Mengkebang Yg Berbahagia Us Abd Latiff Abd Rahman, Timb Pengarah (Sekolah) YIK, Tuan Hj Mohamed Ya. Sepanjang 3 hari berlangsungnya sambutan jubli emas tersebut, pelbagai acara telah dijalankan dengan meriahnya di padang sekolah. Antaranya ekspo keusahawanan, gerai jualan, cabutan bertuah, pertandingan gubahan bunga, oertandingan tarik tali, persembahan raja ular, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Majlis Perasmian Malam Kebudayaan Islam pula diadakan pada sebelah malam yg diserikan dengan Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Persembahan nasyid UNIC dan dikir barat.  Sambutan yg mendapat sambutan hangat dr orang ramai berakhir dgn acara larian amal oleh pelajar MRKK, penyampaian hadiah dan saguhati diikuti perasmian penutup oleh YB Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai. Beliau mengucapkan tahniah kpd semua pihak yg terlibat dan turut berharap agar MRKK dpt meneruskan lg kecemerlangan dlm semua aspek utk masa hadapan. Selain itu, satu ijtima’ perdana ALUMNI MRKK telah diadakan yg bertujuan utk mengekalkan generasi-generasi yg terdahulu. |
|
|
Lawatan Pra Audit MPC Kelantan |
|
Isnin, 04 Januari 2010 01:23 |
|
Nilam Puri: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Negeri Kelantan mengadakan lawatan pemantauan pra audit untuk melanjutkan persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Yayasan Islam Kelantan. Lawatan pada 8 Disember 2009 tersebut diketuai oleh En. Nik Rosdi b. Nik Yusof yang telah dimulakan dengan taklimat kepada sektariat, pengerusi-pengerusi zon, setiausaha-setiausaha serta penyelia-penyelia yang terlibat.
Pemantuan kemudiannya difokuskan kepada penyediaan dokumen jawatankuasa audit, latihan dan promosi sebelum meneliti dokumen jawatankuasa induk. Nik Rosdi seterusnya mengadakan lawatan ke zon-zon bermula dengan zon al Firdaus, di bahagian pentadbiran dan pejabat pengarah, zon An Naim mewakili bahagian persekitaran dan halaman, zon ar Rayyan di bahagian Pengurusan Sekolah dan terakhir sekali di zon Al Adn di bahagian Pengurusan Akademik. Dalam ulasan pemantauan beliau melahirkan rasa syukur kerana Yayasan Islam Kelantan terus komited dalam pelaksanaan amalan 5S ini dan sudah berada pada tahap bersedia untuk diaudit, walaupun demikian terdapat beberapa aspek yang perlu dikemaskini terutamanya penyediaan dokumen yang memenuhi standard seragam, dan hendaklah dikemaskini apabila berlaku perubahan yang melibatkan pertukaran ahli jawatankuasa, perubahan kawasan dan perkara-perkara lain-lain. Beliau turut mengingatkan supaya dokumen-dokumen lama perlu diasingkan dari fail semasa dan tetapi boleh disimpan untuk tujuan rujukan.
Dalam tinjauan ke zon-zon, antara dapatan beliau yang perlu dipertingkatkan ialah sistem pergerakan fail di bahagian pentadbiran, meskipun labeling sudah berada ditahap yang memuaskan tetapi pematuhan kepada sistem yang sedia ada perlu diberi perhatian agar tempoh maksima 30 saat untuk mendapatkan sesuatu fail dapat dikekalkan. Dalam ucapan penggulungan sebaik selesai lawatan ke zon beliau mencadangkan agar YIK dapat merangka program-program peningkatan dan aktiviti yang boleh menjurus kepada penghayatan 5S yang berterusan.
Beliau turut menyatakan komitmen tinggi MPC dalam program ini dan akan menjadikan program ini sebahagian daripada agenda jabatan bukan tertumpu kepada beberapa orang yang menggerakkan 5S ini sahaja, malah menurutnya, untuk tempoh masa yang akan datang memadai pelaksanaan program ini diagendakan di dalam mesyuarat pengurusan tanpa perlu mengadakan Mesyuarat khusus 5S sebagaimana yang diamalkan. Ini adalah memandangkan semua kakitangan memahami konsep dan dapat menerapkannya dalam aktiviti kerja sehariannya.
|
|
Kemaskini URL Address Sekolah-Sekolah YIK |
|
Ahad, 11 Julai 2010 03:04 |
|

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Islam Kelantan sedang mengenalpasti sekolah-sekolah di bawah YIK yang mengendali laman web rasmi di bawah pengurusan sekolah.
Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama Guru ICT atau webmaster sekolah memaklumkan kepada pihak kami alamat laman web portal rasmi sekolah tuan/puan ke email kami di :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
atau
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
pada atau sebelum 14 Julai 2010. |
|
|
|
|
|
|
Muka 1 daripada 14 |
Terkini
3 Julai 2010 - Sambutan Jubli Emas SMU(A) Sullaimiah 8 Julai 2010 - Ceramah Isra' Mi'raj Oleh YABhg. Dato Dr. Hj. Johari Bin Mat di Musalla YIK 9 Julai 2010 - Sambutan Isra' dan Mi'raj. 15 Julai 2010 - Sambutan Jubli Emas Maahad Rahmaniah Kuala Krai 15 Julai 2010 - Taklimat Peserta Induksi Siri 3 18 Julai 2010 - Majlis Tandatangan MoA Program Diploma Pendidikan (UUM-PGSABK) 18-27 Julai 2010 - Kursus Induksi Siri 3 di Dewan YIK & PCB Resort. |
|
|
|
Aplikasi Online
Waktu Pejabat
AHAD - RABU 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 ptg - 4.45 ptg
KHAMIS 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 tgh - 4.30 ptg |
|
|
Informasi Pendidikan
Agensi-Agensi
English Version
Ikuti kami di Facebook!
Video Lagu Kelantan
You must have
Flash Player installed in order to see this player.
Perbankan Internet
Akhbar Online
Tetamu Web YIK
 | Today | 907 |
 | Yesterday | 937 |
 | This week | 6186 |
 | This month | 24796 |
 | All | 170682 |
Bantuan Online
09-7127806
yik
kelantan.edu.my
Pautan Kerajaan Malaysia
Pautan Pendidikan
Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK.
by using XHTML and CSS.