logo
Yayasan Islam Kelantan
Maahad Rahmaniah Kuala Krai Sambut Jubli Emas
Khamis, 22 Julai 2010 03:54

 

 

 

Pada 15-17 Julai 2010, Maahad Rahmaniah Kuala Krai (MRKK) telah mengadakan sambutan besar-besaran jubli emas bersempena dengan 50 tahun penubuhan sekolah yg diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Qasim pada tahun 1958, lokasi awal di Guchil 3 yg dikenali dgn nama Madrasah Rahmaniah bersempena dgn nama Tuanku Abd Rahman.  Majlis perasmian pembukaan dirasmikan oleh YB Nik Mohd Amar Nik Abdullah EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis turut dihadiri oleh ADUN Mengkebang Yg Berbahagia Us Abd Latiff Abd Rahman, Timb Pengarah (Sekolah) YIK, Tuan Hj Mohamed Ya.

Sepanjang 3 hari berlangsungnya sambutan jubli emas tersebut, pelbagai acara telah dijalankan dengan meriahnya di padang sekolah. Antaranya ekspo keusahawanan, gerai  jualan, cabutan bertuah, pertandingan gubahan bunga, oertandingan tarik tali, persembahan raja ular, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Majlis  Perasmian Malam Kebudayaan Islam pula diadakan pada sebelah malam yg diserikan dengan Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Persembahan nasyid UNIC dan dikir barat.

 

Sambutan yg mendapat sambutan hangat dr orang ramai berakhir dgn acara larian amal oleh pelajar MRKK, penyampaian hadiah dan saguhati  diikuti perasmian penutup oleh  YB Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai. Beliau mengucapkan tahniah kpd semua pihak yg terlibat dan turut berharap agar MRKK dpt meneruskan lg kecemerlangan dlm semua aspek utk masa hadapan. Selain itu, satu ijtima’ perdana ALUMNI MRKK telah diadakan yg bertujuan utk mengekalkan generasi-generasi yg terdahulu.

 
Kemaskini URL Address Sekolah-Sekolah YIK
Ahad, 11 Julai 2010 03:04

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Islam Kelantan sedang mengenalpasti sekolah-sekolah di bawah YIK yang mengendali laman web rasmi di bawah pengurusan sekolah.

Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama Guru ICT atau webmaster sekolah  memaklumkan kepada pihak kami alamat laman web portal rasmi sekolah tuan/puan ke email kami di : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya pada atau sebelum 14 Julai 2010. 

 

 

 
Pupuk Semangat Persaingan Melalui Akhlak.
Khamis, 17 Jun 2010 02:36

Semangat persaingan perlu dipupuk menerusi penampilan akhlak yang mulia, selain menjadi model kepada orang lain kita membudayakan kemuliaan ini dalam kehidupa, demikian dinyatakan oleh Tn. Hj. Abdul Fattah b. Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri.

 Semangat dan disiplin perlu disepadukan untuk membuahkan hasil yang baik, oleh yang demikian kita perlu bermuhasabah dan sentiasa menyemak prestasi akhlak masing-masing, "Sekiranya setiap dari kita membuat semakan ini sudah tentu kita akan dapat mengesan kelemahan kita dengan segera, katanya". Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Kelantan untuk menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-sekolaha Agama Malaysia Zon Utara dan Timur di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan. Sukan tahunan berkenaan akan diadakan pada 13-16 Jun 2010 di Kampus Universiti Darul Iman, Kuala Terengganu.


Dalam majlis yang diadakan pada 10 Jun itu, beliau turut mengumumkan ganjaran sebanyak RM2,000.00 untuk setiap acara yang merangkul johan dan RM1,000.00 untuk naib johan. Penyerahan Bendera disempurnakan oleh YB Exco kepada Ketua Kontinjen Hj. Wan Roslan b. Hamat dan kontinjen disertai oleh 104 peserta dan 38 pegawai. Hadir sama dalam majlis berkenaan Timbalan Pengarah (Pengurusan) YM. Tg. Abdul Rahman Tn. Yunus, mewakili Pengarah Yayasan Islam Kelantan.

Gambar-gambar sepanjang majlis ini boleh dilihat di sini

 
Keputusan KESSUMA Ke 11
Rabu, 30 Jun 2010 23:54

 

Berikut adalah keputusan bagi Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia Zon Utara dan Timur (KESSUMA). Sukan tahunan berkenaan telah diadakan pada 13-16 Jun 2010 di Kampus Universiti Darul Iman, Kuala Terengganu.  

PERMAINAN JOHAN NAIB JOHAN
KETIGA

BOLA SEPAK

KEDAH

KELANTAN

PERAK

SEPAK TAKRAW

KELANTAN

KEDAH

TERENGGANU

BOLA TAMPAR (L)

TERENGGANU

PERLIS

KELANTAN

BADMINTON

(L)

KELANTAN

TERENGGANU

KEDAH

PING PONG(L)

KELANTAN

PERAK

TERENGGANU

BOLA JARING

TERENGGANU

PULAU PINANG

PERAK

BOLA  TAMPAR (P)

TERENGGANU

PERAK

KELANTAN

BADMINTON (P)

TERENGGANU

KEDAH

KELANTAN

PING PONG (P)

TERENGGANU

PERAK

KELANTAN

 

Manakala berikut adalah pencapaian keseluruhan negeri hingga tahun 2010 (KESSUMA KE 11)  

BIL

NEGERI

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

1

TERENGGANU

5

1

2

2

KELANTAN

3

1

4

3

KEDAH

1

2

1

4

PERAK

0

3

2

5

PULAU PINANG

0

1

0

6

PERLIS

0

1

0

  
 
12 Kakitangan terima Anugerah Khidmat Cemerlang
Jumaat, 04 Jun 2010 13:17

Kota Bharu:     Seramai 12 orang kakitangan Pejabat Yayasan Islam Kelantan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang untuk tahun 2009. Majlis yang diadakan pada 2 Jun 2010 di Grand Riverview Hotel merupakan program yang julung-julung kali diadakan untuk memberi penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan khidmat cemerlang sepanjang tahun 2009 dalam berbagai kategori.

 

Dari kategori Pengurusan dan Profesional, Tn Haji Abdul Kadir b. Othman mendahului penerima dari Unit Pembangunan, diikuti oleh Tn Hj Che Kamarudin Kamel b Che Muhammad dari Unit Penilaian dan Peperiksaan dan Tn. Haji Wan Roslan b. Wan Hamat dari Unit Perkhidmatan Guru.

 

Manakala dari kakitangan Sokongan 1 penerima terdiri dari Nik Hasmahwati bt Nik Yaacob, En. Khalid b. Yaakob,dan Hj. Mohamad b Ismail.

 

 

Dari kumpulan sokongan II pula terdiri dari Pn Azzah b. Abd. Rahman, Mastura Arifin dan Siti Meriam Ismail.

 

 

Penerima anugerah dari kumpulan Pra ialah En. Abang Ali Basah b. Abang Kipli, Mustafa Abdul Rahman dan Mohd Sukeri Ismail.


Pengarah YIK dalam ucapan alu-aluannya melahirkan rasa gembira dan sukacita kerana dapat memberi pengiktirafan kepada usaha dan kerja keras kakitangan dalam melonjak kecemerlangan Yayasan Islam Kelantan sesuai dengan apa yang telah digariskan dalam Perancangan Pelan Strategik YIK 2010-2015.

Selain itu, pegawai dan kakitangan perlu sentiasa membuat perubahan demi meningkatkan perkhidmatan memajukan pendidikan Islam. Beliau turut mengharapkan agar pengurusan dapat dimantapkan dengan memperkenalkan program-program penambahbaikan dari masa ke semasa.


Majlis Makan Malam ini turut diserikan dengan persembahan-persembahan dari Bahagian Akademik, Bahagian Sekolah dan Bahagian Pengurusan. Turut menambahkan kemeriahan program,  sebanyak 35 cabutan bertuah telah diadakan dengan menyediakan satu cabutan mega.'

Hadir sama dalam majlis berkenaan YB Dato’ Mohd Amar b. Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan.

 

Untuk gambar-gambar sekitar Malam Anugerah Khidmat Cemerlang, boleh lihat di album kami -->> disini

 
« MulaSblm12345678910SeterusnyaTamat »

Muka 3 daripada 15

Terkini

10 Ogos 2010 - Mesyuarat Agong PIBG Ke 2 MTS Kok Lanas

 

11 Ogos 2010 - Mesyuarat Pengurusan YIK

 

12 Ogos 2010 -  Majlis Tadarus Ramadhan Bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara setia Menteri besar Kelantan

 

 16 Ogos 2010 - Majlis Keraian pelajar Ke Timur Tengah di Dewan YIK.

WebYIK Online

Waktu Pejabat

AHAD - RABU
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 4.45 ptg

KHAMIS
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 tgh - 4.30 ptg

Diari YIK

September 2010
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

Langgan berita YIK

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

YouCMSAndBlog Module Generator Wizard Plugin

Alih Bahasa

Soundtrack

Ikuti kami di Facebook!

Video Lagu Kelantan

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Perbankan Internet

Undian

Apakah pandangan anda mengenai mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh YIK?
 

Tetamu Web YIK

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday820
mod_vvisit_counterYesterday1574
mod_vvisit_counterThis week9271
mod_vvisit_counterThis month14584
mod_vvisit_counterAll211680

Bantuan Online

Telephone number of Nik Ramzi 09-7127806




Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK. by using XHTML and CSS.