Kemaskini Pada: 06 September 2010
“Mereka yang mengingati Allah (berzikir) dalam keadaan berdiri dan duduk dan ketika berbaring serta memikirkan tentang kejadian petala langit dan bumi”. Maksud surah al-Imran : 191 |
|
|
- Capaian Awam
- Capaian Sekolah
- Capaian Kakitangan
Yayasan Islam Kelantan
|
Perutusan Pengarah Sempena Hari Guru 2010 |
|
Ahad, 30 Mei 2010 21:13 |
PERUTUSAN PENGARAH YAYASAN ISLAM KELANTAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2010
Alhamdulillah marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnia dan izinNya dapat sekali lagi kita berpeluang menyambut HARI GURU pada tahun 2010 ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada seluruh warga pendidik Yayasan Islam Kelantan yang telah menabur bakti dan mencurahkan tenaga untuk melestarikan generasi yang berilmu dan beriman. Saya juga merakamkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga di atas segala usaha gigih dan kesanggupan para guru meletakkan keutamaan kecemerlangan pelajar melebihi perkara lain sehingga pelajar sekolah-sekolah YIK mampu bersaing di peringkat nasional.
Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, tunjang utama yang menjadi paksi kekuatan ialah keikhlasan dan kejujuran. Guru-guru seharusnya sedar bahawa tanggungjawab yang diterima itu seharusnya dipikul dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dengan memahami dan menyedari hakikat kebertanggungjawaban ini, kita bukan sahaja perlu melunaskan tuntutan pihak atasan semata-mata, malah bertanggungjawab kepada Allah s.w.t sehingga kita dapat menyempurnakan segala tugas melebihi dari ganjaran segera yang diterima. Keikhlasan akan menghilangkan segala keresahan dan keluhan yang mungkin timbul setelah berpenat lelah dalam menyelesaikan tanggungjawab.
Guru-guru yang dihormati sekalian,
Nilai keikhlasan amatlah berharga bagi melahirkan ketekunan yang mampu menempa kejayaan. Bertolak dari sinilah para guru perlu menumpukan usaha yang bersungguh-sungguh sehingga mampu melonjak prestasi kecemerlangan dalam setiap peringkat. Yayasan Islam Kelantan amat berbangga dengan kesungguhan dan prestasi kecemerlangan yang telah ditunjukkan sebelum ini dan ianya menggambarkan bahawa guru-guru Yayasan Islam Kelantan mempunyai tahap kecekapan dan kemahiran yang setanding dengan guru-guru lain dalam negara ini. Syabas dan tahniah kepada guru-guru sekalian. Sekiranya kita dapat mengekalkan budaya yang berteraskan keikhlasan ini, saya yakin dan percaya kejayaan demi kejayaan dapat kita raih saban tahun. Meskipun demikian, usaha perlu sentiasa dipertingkatkan dengan pengisian ilmu yang berterusan untuk penambahbaikan sehingga kita mampu melahirkan satu pasukan yang padu dan ampuh.
Guru-guru yang dihormati sekalian,
Pembinaan satu pasukan kerja yang mantap merupakan cabaran dalam membina kecemerlangan ini, sekiranya guru-guru mampu menerima tugasannya sebagai ibadah, sentiasa inovatif, suka menyumbang dan “resourceful’ ia akan melahirkan satu suasana kerja yang cukup menyeronokkan dan selari dengan perkembangan dunia sekeliling. Penerimaan hakikat ini tentunya akan mendatangkan kepuasan bekerja dan semangat untuk terus menjalankan tugas dan sentiasa bersikap proaktif.
Guru-guru adalah merupakan cermin yang cukup berkesan kepada para pelajar, pengaruh teladan dari guru cukup bermakna kepada pembentukan jatidiri pelajar pada masa hadapan. Justeru itu, guru-guru perlu menampilkan contoh yang terbaik dan murabbi yang berkesan sehingga mampu menjadi ikutan serta idola mereka setelah dewasa. Saya mengharapkan agar guru-guru Yayasan Islam Kelantan dapat mengelakkan diri dari pelbagai prasangka dan tohmahan negatif yang bukan sahaja melibatkan individu berkenaan tetapi tempiasnya tetap akan menimpa institusi yang kita sayangi ini.
Akhir sekali, saya mengajak semua warga pendidik agar dapat memberi yang terbaik untuk lahir sebagai “Guru Pembina Negara Bangsa” dengan melengkapkan proses pembinaan itu selaras dengan tuntutan Islam. Sebarang kesilapan dalam memberi pendidikan kepada mereka pada hari ini akan membawa akibat buruk yang berpanjangan. Marilah sama-sama kita mendoakan agar diberi keberkatan dan dikurniakan keikhlasan dalam membawa misi mulia mendidik generasi untuk menjadi manusia berguna yang mampu berkhidmat untuk agama, bangsa, masyarakat dan Negara.
Sekian Wasalam
Pengarah Yayasan Islam Kelantan 16 Mei 2010
|
|
|
Kusus Induksi Umum Sesi Kedua |
|
Isnin, 17 Mei 2010 03:56 |
|
 
Pantai Cahaya Bulan: Seramai 150 guru-guru Yayasan Islam Kelantan mengikuti Kursus Induksi Umum Sesi kedua anjuran INTAN-YIK yang diadakan di Dewan Yayasan Islam Kelantan dan di PCB Beach Resort. Mengikut jadual asal, ianya sepatut berlansung di Yayasan Islam Kelantan selama 6 hari (16-21 Mei 2010) sebelum ditempatkan di PCB Beach Resort selama 6 hari (22-27 Mei 2010). Namun pada 16 Mei 2010, kebakaran telah berlaku di pencawang elektrik TNB berdekatan pejabat Yayasan Islam Kelantan yang menyebabkan seluruh bangunan YIK tidak menerima bekalan elektrik. Pihak YIK telah mengambil tindakan segera memindahkan peserta-peserta ke dewan PCB Beach Resort pada 17 Mei 2010 sehingga bekalan elektrik pulih seperti sediakala.Tindakan ini diambil bagi memastikan kursus induksi ini tidak menerima gangguan kesan dari kebakaran pencawang elektrik TNB. 
Keterangan gambar: 1) Penceramah Intan sedang menyampaikan ceramah induksi kepada para peserta. 2) Para peserta sedang mendengar ceramah yang disampaikan di dewan PCB Beach Resort 3) Penolong Pengarah Sumber Manusia, En. Sabri sedang memberi taklimat pelan alternatif sejurus selepas insiden kebakaran pencawang elektrik TNB yang telah menyebabkan seluruh bangunan YIK tidak menerima bekalan elektrik. 4) Kebakaran pencawang Elektrik TNB berdekatan Yayasan Islam Kelantan berlaku semasa Kursus Induksi Umum Sesi kedua, namun ianya tidak mengganggu perjalanan kursus induksi tersebut. |
|
Pindaan Tarikh Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2009 |
|
Isnin, 26 April 2010 00:00 |
Pengumuman Adalah dimaklumkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2009 dijadualkan pada hari isnin 10 mei 2010 diubah (diperawalkan)
Pada Hari : Isnin Tarikh: 3 Mei 2010
Tempat dan masa tidak berubah, Ia itu jam 2.00 petang di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan Pengkalan Chepa (PUTIK)
Sekian terima kasih.
|
|
|
Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 3 Mei 2010 |
|
Khamis, 29 April 2010 00:00 |
|
Nilam Puri: Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Kelanatan sejak 2006, akan diadakan pada 3 Mei 2010, jam 2.00 petang bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa. Anugerah yang memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan 9A ke atas bagi SPM, Pangkat Mumtaz STAM dan 4PA untuk peperiksaan STPM ini merupakan sebahagian dari komitmen kerajaan menghargai kejayaan pelajar di samping memberi dorongan dan galakan untuk terus meningkatkan semangat pembelajaran. Program yang dijangka akan disempurnakan Majlis Perasmian oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar itu, melibatkan semua pelajar cemerlang yang menduduki peperiksaan di Negeri Kelantan dan anak Kelantan yang menduduki peperiksaan di luar Kelantan. Menurut Pengarah Yayasan Islam Kelantan, En Ahmad Robert b. Abd Rahim, selaku urusetia program berkenaan, sehingga ini jumlah borang yang diterima ialah 1190 orang termasuk pelajar dari luar Kelantan.
Menurut beliau lagi, Majlis penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri ini pada peringkat awalnya dijadualkkan berlangsung pada 10 Mei 2010, walaubagaimanapun ianya telah diperawalkan kepada 3 Mei 2010 untuk memberi peluang kepada semua penerima menghadiri majlis berkenaan sebelum mereka mula mendaftar di IPTA dan IPTS.
|
|
Terap budaya 5S kepada pelajar |
|
Khamis, 22 April 2010 07:22 |
|
Tanah Merah: Penerapan penghayatan amalan persekitaran berkualiti perlu diterapkan kepada pelajar YIK sehingga membentuk amalan berterusan dan berpanjangan sehingga membentuk budaya dalam amalan seharian. Pengarah YIK, En. Ahmad Robert b. Abd. Rahim berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan singkat ke Maahad Tahfiz Sains untuk memantau perjalanan dan kemajuan 5S pada 20 April 2010.
Pihak sekolah digesa agar dapat merangka program yang mampu dijadikan asas untuk pengekalan amalan berterusan sepanjang masa sesuai dengan konsep “Sentiasa Amal” yang termaktub dalam prinsip amlan 5S. Dalam kunjungan berkenaan, beliau turut dibawa melihat dengan lebih dekat suasana selepas pelaksanaan bermula Februari lalu. Antara tempat yang dikunjungi beliau ialah bilik guru lelaki dan perempuan, bilik APD, Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS), kantin dan tempat-tempat umum. Beliau melahirkan rasa bangga dengan sokongan dan komitmen semua kakitangan yang telah diberikan untuk menjayakan program yang julung kali diadakan ini dan percaya ia akan dapat mematuhi sempadan masa yang telah ditentukan oleh auditor. Turut mengiringi lawatan berkenaan Ust. Sukeri b. Hussin Penyelaras Umum Pelaksanaan 5S Sekolah, En. Tarmizi b. Said, Penyelaras Peringkat Sekolah, Ust Shamsuri Dolah, Pengetua MTS, Penolong-penolong kanan dan guru-guru terlibat.  
|
|
|
|
|
|
|
Muka 4 daripada 15 |
Terkini
10 Ogos 2010 - Mesyuarat Agong PIBG Ke 2 MTS Kok Lanas 11 Ogos 2010 - Mesyuarat Pengurusan YIK 12 Ogos 2010 - Majlis Tadarus Ramadhan Bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara setia Menteri besar Kelantan 16 Ogos 2010 - Majlis Keraian pelajar Ke Timur Tengah di Dewan YIK. |
|
|
|
Aplikasi Online
Waktu Pejabat
AHAD - RABU 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 ptg - 4.45 ptg
KHAMIS 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 tgh - 4.30 ptg |
|
|
Informasi Pendidikan
Agensi-Agensi
English Version
Ikuti kami di Facebook!
Video Lagu Kelantan
You must have
Flash Player installed in order to see this player.
Perbankan Internet
Akhbar Online
Tetamu Web YIK
 | Today | 1603 |
 | Yesterday | 1262 |
 | This week | 1603 |
 | This month | 6916 |
 | All | 204011 |
Bantuan Online
09-7127806
yik
kelantan.edu.my
Pautan Kerajaan Malaysia
Pautan Pendidikan
Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK.
by using XHTML and CSS.