Kemaskini Pada: 06 September 2010
| “Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu”(Aristotle) |
|
|
- Capaian Awam
- Capaian Sekolah
- Capaian Kakitangan
Yayasan Islam Kelantan
|
Khamis, 11 Mac 2010 00:00 |
|
Nilam Puri: Jawatankuasa Keutuhan Rohani Yayasan Islam Kelantan menganjurkan program kesedaran melibatkan semua kakitangan pada 26 Safar 1431H bersamaan 11 Februari 2010 di Musalla al azizi Sharif. Program yang bertajuk “Rasulullah Qudwah Sepanjang Hayat” itu telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Muhammad b. Daud, yang juga merupakan mantan Ketua Penolong Pengarah YIK.
Kupasan lebih menjurus kepada melahirkan generasi yang mampu mencontohi akhlak, tindakan dan perbuatan baginda s.a.w dalam semua aspek kehidupan. Bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah melibatkan pengurusan dan pentadbiran. Contoh yang merangkumi perhubungan dengan masyarakat, pergaulan dalam keluarga dan bagaimana untuk membina jatidiri suami dan isteri yang berkualiti. Kesemuanya dapat dilihat di dalam penampilan dan contoh yang telah ditunjukkan oleh baginda S.A.W. Selain itu Rasulullah s.a.w juga adalah seorang “Mu’allim”, yang membawa erti guru sebagaimana yang disebut “Sesungguhnya aku diutusakan sebagai guru”. Ybhgia. Dato’ turut menyentuh kaedah dan pendekatan yang dibawa oleh baginda s.a.w dalam menyampaikan pengajaran seperti dalam bentuk teka-teki dan sebagainya. Ini juga adalah asas-asas penting untuk dijadikan pengajaran dan panduan umat sepanjang zaman. Sebelum mengakhiri ceramahnya, beliau sempat menarik perhatian hadirin dengan membawa kisah suasana ujian kelaparan yang dihadapi oleh baginda s.a.w dan para sahabat. Keperitan hidup tergambar di dalam kisah sahabat yang membeli kasut untuk dipakai, dan sentiasa menjahitnya setiap kali terkoyak sehingga tiada lagi ruang untuk dibaiki. Lantaran ketiadaan makanan kasut daripada kulit yang tidak dapat lagi digunakan itu dimasak untuk dijadikan makanan. Program yang disertai semua kakitangan itu turut dihadiri Pengarah YIK, Timbalan-timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai. |
|
|
Kursus Pendedahan Kompenan Sastera Bahasa Inggeris |
|
Selasa, 02 Mac 2010 00:00 |
|
Nilam Puri: Langkah memantapkan kemahiran guru dalam pengajaran Bahasa Inggeris menarik perhatian serius Yayasan Islam Kelantan. Sehubungan dengan itu, Unit Kurikulum Umum dan Kokurikulum telah mengadakan Kursus Pendedahan Kompenan Sastera Bahasa Inggeris di Dewan Seminar YIK melibatkan 70 peserta dari guru-guru tingkatan 1 dan 4.
Kursus selama empat hari itu mendapat kerjasama Sektor Pengurusan Akademik, Unit Teknik, Vokasional dan Bahasa, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Antara jurulatih utama yang menjayakan kursus berkenaan ialah En. Mohd Najib b. Omar, Penyelia Bahasa Inggeris JPN, Puan Azalina bt Mohd Yusoff dari SMK Tengku Mohd Faris Petra, En Kumanan A/L Satthasiram, SMK Yahya Petra 1, Puan Hamidah bt Abd. Hamid @ Ayob dari SMK Batu Gajah dan En. Chua Hock Hua dari SMK Tengku Indera Petra 1. Tenaga jurulatih berkenaan adalah diantara guru-guru cemerlang 2008. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik Yayasan Islam Kelantan dan dalam ucapannya beliau merakamkan setinggi-tinggi terimakasih kepada Jabatan Pelajaran Kelantan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk memajukan pencapaian akademik pelajar-pelajar di negeri ini. Beliau turut menaruh harapan agar kesinambungan kerjasama ini akan dapat diperkukuhkan dari masa ke semasa. Sementara itu Penolong Pengarah Kurikulum Umum dan Kokurikulum, En. Tarmizi Said berharap guru-guru yang terlibat dalam kursus ini dapat memanjangkan pengetahuan ini ke sekolah masing-masing melalui In – House training agar pelajar-pelajar YIK dapat bergerak seiring dalam perkembangan arus perdana. Selain itu beliau juga berharap bahasa Inggeris akan menjadi bahasa perantaraan dalam penyampaian maklumat dan komunikasi selain dari memartabatkan bahasa berkenaan dalam perhubungan dan perbincangan antara kaum. |
|
Guru pemangkin Bahasa Arab pelajar |
|
Selasa, 16 Februari 2010 23:56 |
 Nilam Puri: “Guru adalah pemangkin perolehan pelajar, para gurulah penyubur penggunaan bahasa Arab di sekolah-sekolah YIK” kata Penolong Pengarah Pusat Bahasa Arab, Ust Sukeri Hussin dalam Majlis Perasmian Penutup Bengkel Bahasa Arab untuk guru-guru matapelajaran Bahasa Arab khusus untuk tenaga pengajar Kelas Khas Bahasa Arab. Bengkel selama 3 hari yang bermula pada 25 hingga 27 Januari melibatkan 50 buah sekolah yang mempunyai Kelas Khas, antara tujuan bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengendalian pengajaran untuk matapelajaran Nahu, Sorf, Bahasa dan Taa’bir. Seramai 112 guru mengikuti kursus tersebut.
Bengkel yang dikendalikan oleh Pegawai-pegawai Pusat Bahasa Arab dan guru-guru berpengalaman itu memberi penekanan kepada aspek komunikasi merupakan fokus utama yang menyaksikan guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan kemudiannya mengadakan pembentangan dalam bahasa Arab sepenuhnya.  Pusat Bahasa Arab dalam rangka meningkatkan keupayaan guru-guru Bahasa Arab kea rah melonjak prestasi yang lebih baik. Justeru itu, penghayatan bahasa berkenaan sepatutnya menjadi sebahagian dari tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Dalam ucapan penutup bengkel tersebut, Penolong Pengarah Pusat Bahasa Arab turut menyentuh mengenai perlunya guru-guru berperanan untuk menyebarluaskan penggunaan di sekolah khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru disarankan agar dapat mengkhususkan masa-masa tertentu dalam sehari untuk pelajar berkomunikasi menggunakan bahasa Arab atau hari hari tertentu dalam seminggu ataupun minggu-minggu tertentu dalam sebulan. Dengan demikian menurutnya, kita dapat menjayakan Hari Bahasa Arab atau Minggu Bahasa Arab yang di adakan di sekolah.
Sebelum berakhir peserta yang berpotensi telah diberi hadiah penghargaan. Turut hadir pegawai-pegawai latihan Pusat Bahasa Arab.
|
|
|
Hijrah dan keperluan menutup aurat |
|
Isnin, 01 Mac 2010 00:20 |
 Nilam Puri: Jawatankuasa Keutuhan Rohani mengadakan Ceramah Hijrah khusus kepada kakitangan wanita Yayasan Islam Kelantan pada 21 Januari 2010 di Dewan Seminar. Program yang cenderung kepada kesedaran dan pemantapan kefahaman semua kakitangan wanita ini menerima pengisian dari Hajjah Meriam bt . beliau yang pernah menjadi pengetua di Maahad Muhammadi Perempuan merupakan diantara penceramah yang tidak asing lagi dikalangan warga YIK. Dalam mengupas “Hijrah dan Keperluan Menutup Aurat”, beliau menggariskan aspek-aspek pemakaian dan tuntutan dan etika berpakaian dalam Islam yang merangkumi keadaan berpakaian wanita Islam sesama Islam, bersama bukan Islam. Beliau turut memberi penekanan kepada perlu setiap individu membersih jiwa, berasaskan ketaqwaan kepada Allah, di mana Taqwa adalah sebaik-baik pakaian. Usaha ini boleh dilaksanakan bersempena dengan semangat hijrah dengan berazam untuk memperbaiki segala kesilapan, berhijrah juga dengan erti bergerak ke keadaan yang lebih baik khususnya melibatkan masalah aurat dikalangan wanita. “Faktor pembersihan jiwa dan hati boleh menjadi penentu ke arah menguatkan lagi azam penghijrahan ini”, katanya.  Beliau turut menyentuh fenomena masa kini yang merekabentuk gaya dan fesyen rambut serta pemakaian seluar, menurut beliau, seluar boleh dipakai oleh kaum wanita sekiranya tidak ketak, nipis dan baju hendaklah dilabuhkan melebihi paras lutut. Begitu juga dengan trend memakai tudung yang tidak memenuhi justifikasi seperti tudul bawal sehingga mendedahkan sanggul dan leher. “Pengabaian kepada pematuhan etika berpakaian di kalangan wanita ini menjadi penyumbang besar kepada peningkatan kadar masalah social di kalangan remaja. Kaedah untuk membendung daripada gejala ini berleluasa hendaklah ditanggani bersama secara konsisten”, ujarnya.
Turut hadir dalam program berkenaan, Timbalan Pengarah (Akademik), Pn. Hajjah Che Zainah bt Ab. Lah.
|
|
Tanggungjawab bersama lahirkan guru berkesan |
|
Rabu, 10 Februari 2010 00:00 |
|
Nilam Puri: “ Guru-guru YIK disaran agar lebih bertanggungjawab melaksanakan amanah pendidikan khusus untuk membangun kualiti dan keberkesanan pengajaran di sekolah”, kata Timbalan Pengarah (Akademik), Puan Hajjah Che Zainah bt Hj.Ab. Lah sewaktu berucap kepada guru-guru Bahasa Arab di Dewan Seminar YIK 14 Januari 2010.
Program yang dihadiri 110 guru tersebut adalah sebahagian dari usaha Bahagian Akademik melonjak prestasi pencapaian bahasa Arab untuk tahun 2010. Sebanyak 20 buah sekolah terlibat dalam program tersebut yang menyaksikan semua guru matapelajaran bahasa Arab dari peringkat Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) terlibat. Dalam ucapannya beliau turut meminta guru-guru mengambil inisiatif berganda dan sentiasa mendahulukan pemahaman pelajar dalam setiap topic yang diberi sewaktu pengajaran di dalam kelas. Selain itu guru-guru perlu membuat “Headcount” pencapaian pelajar dalam setiap kali ujian yang diadakan.  Dengan demikian menurutnya, guru-guru dapat mengambil langkah-langkah wajar untuk mengatasi segala kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh pelajar. Sikap mendampingi pelajar dan sentiasa mengikuti perkembangan pelajaran mereka pastinya akan membuahkan hasil yang baik dan tentu sekali akan mengubah sikap pelajar daripada malas, jemu dan tidak berminat kepada suasana baru yang lebih positif. Kesemua ini tidak akan Berjaya dalam sekelip mata, malah tugas dan tanggungjawab guru yang tidak mengenal erti penat akan dapat dilihat meskipun dalam jangkamasa yang panjang. Guru-guru juga perlu mengubah sikap dari sekadar menjalankan tugas dan amanah tetapi lebih terasa keperluan menjadikan pelajar-pelajar lebih Berjaya. “Saya merasa dukacita sekiranya guru-guru tidak merasa apa-apa dengan peratus pencapaian pelajar yang rendah” ujarnya. Semangat guru harus sentiasa dibajai demi untuk menambah motivasi kepada pelajar. |
|
|
|
|
|
|
Muka 6 daripada 15 |
Terkini
10 Ogos 2010 - Mesyuarat Agong PIBG Ke 2 MTS Kok Lanas 11 Ogos 2010 - Mesyuarat Pengurusan YIK 12 Ogos 2010 - Majlis Tadarus Ramadhan Bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara setia Menteri besar Kelantan 16 Ogos 2010 - Majlis Keraian pelajar Ke Timur Tengah di Dewan YIK. |
|
|
|
Aplikasi Online
Waktu Pejabat
AHAD - RABU 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 ptg - 4.45 ptg
KHAMIS 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 tgh - 4.30 ptg |
|
|
Informasi Pendidikan
Agensi-Agensi
English Version
Ikuti kami di Facebook!
Video Lagu Kelantan
You must have
Flash Player installed in order to see this player.
Perbankan Internet
Akhbar Online
Tetamu Web YIK
 | Today | 1621 |
 | Yesterday | 1262 |
 | This week | 1621 |
 | This month | 6934 |
 | All | 204029 |
Bantuan Online
09-7127806
yik
kelantan.edu.my
Pautan Kerajaan Malaysia
Pautan Pendidikan
Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK.
by using XHTML and CSS.