logo
Yayasan Islam Kelantan
Transformasi ke arah kecemerlangan
Isnin, 08 Februari 2010 00:21

 

Nilam Puri:     “Pentadbir sekolah-sekolah YIK perlu melakukan tranformasi sikap untuk menjamin perubahan berterusan dan mencipta kecemerlangan”, kata Pengarah YIK. Tranformasi bukan sekadar suatu perubahan beberapa ketika, tetapi suatu perubahan yang berpanjangan sehingga dapat membentuk satu budaya kerja yang baru, tambahnya. Berucap dalam Majlis Perjumpaan Pengetua Bersama Bahagian Akademik, beliau turut menyarankan agar indeks-indeks yang digunapakai oleh sector perkhidmatan awam lain dapat diterapkan ke dalam pengurusan dan pentadbiran Yayasan Islam Kelantan.

Kebanyakan daripada pentadbir, pegawai dan kakitangan akan berubah seketika setelah program-program kesedaran dan motivasi diadakan, tetapi kembali kepada tabiat asal setelah berlalunya masa tanpa berusaha mengekalkan perubahan yang telah berlaku. Oleh yang demikian beliau berharap agar guru-guru yang mengikuti kursus dapat memantapkan diri dan lakukan perubahan sikap untuk menghadapi bidang tugas yang telah diamanahkan. Beliau turut menggariskan tiga perkara yang mempengaruhi perubahan iaitu, Big, (Besar), Fast (Pantas) dan perubahan yang membawa kepada keputusan yang baik. Kita dituntut agar sentiasa berfikir untuk membawa perubahan yang mampu memberi keputusan yang lebih baik, katanya.

Pengetua juga diingatkan agar dapat mengurus pentadbiran sekolah dengan baik serta memberi penekanan kepada pencapaian guru dan pelajar. Guru-guru diminta dapat mengikuti rentak dan acuan yang telah digariskan dalam buku Panduan Pengurusan yang telah disediakan. Sekiranya semua bergerak mengikut landasan yang telah ditetapkan YIK mampu menjana kecemerlangan berterusan, katanya lagi.

YIK juga akan terus melaksanakan “Reward and Punishment”, memberi penghargaan kepada yang berusaha dan mengambil tindakan kepada yang gagal. Di samping itu, tahun 2010 para pengetua perlu bergerak pantas, “sekiranya boleh kurangkan kursus motivasi dan perbanyakkan kerja mengikut kaedah yang betul”, ujarnya

Selain itu para pengetua perlu perbanyakkan aktiviti pemantauan untuk menjamin perubahan sikap di kalangan guru dan tindakan susulan perlu sentiasa dilakukan untuk menjamin pencapaian yang lebih baik.
Program melibatkan semua pengetua itu dianjurkan khusus oleh Bahagian Akademik untuk memberi maklumat-maklumat berkaitan bahagian yang perlu dilaksanakan oleh pengetua di sekolah dan diadakan pada 19 Januari 2010 di Dewan Seminar YIK. Turut menyampaikan ucapan, Timbalan Pengarah (Akademik) yang mengupas target kecemerlangan yang ingin dicapai untuk sesi pengajian 2010 dan 2011.

 

 
YIK berjaya dapatkan 10 tempat di Universiti Al Imam
Rabu, 27 Januari 2010 23:44

Jakarta, Indonesia:     Yayasan Islam Kelantan berjaya mendapat tempat di Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab (LIPIA), (Islamic and Arabic Science Institut in Indonesia) iaitu cawangan Universiti Imam Muhammad Ibn Saud Islamiyyah di Indonesia. Persetujuan tersebut dicapai hasil lawatan rombongan YAbrs. Pengarah ke Institut tersebut pada 11 hingga 14 Januari 2010.

Rombongan yang diketuai YB. Timbalan Pengerusi Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan Tn. Hj Mohamad b Awang turut disertai oleh Dr Johari Mat, Pengerusi Eksekutif KIAS, serta Mohd Zaki Deraman, Penolong Pengarah Kurikulum Arab/Ugama Yayasan Islam Kelantan dan telah mengadakan perbincangan dengan Dr. Abdullah Hadhid Al- Sulamiyy Mudir Maahad Al Ulum Islamiyyah Wal Arabiah.

Antara persetujuan yang berjaya dicapai dalam kunjungan tersebut ialah  pihak institute bersetuju menerima 10 orang pelajar YIK yang telah menamatkan pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia untuk menyambung pelajaran di sana atas biayaan institute. Selain itu pihak LIPIA bersetuju untuk mengadakan kursus-kursus intensif bahasa Arab kepada guru-guru Yayasan Islam Kelantan. Kursus tersebut akan diadakan samada di Indonesia ataupun di Kelantan.

YIK juga menyatakan kesediaan sekiranya pihak LIPIA ingin membuka cawangan di Malaysia, khususnya di Kelantan sebagaimana Indonesia, walaubagaimanapun permohonan tersebut perlu dipanjangkan ke Majlis Tertinggi  Universiti Induk di Riyadh dan institute akan memberikan sokongan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

 
Tahap pelaksanaan amalan 5S YIK membanggakan
Khamis, 21 Januari 2010 01:02
Nilam Puri:     Pegawai penilai Program Amalan Persekitaran berkualiti 5S En. Mahadi b. Hasbullah dari MPC Negeri Kelantan melahirkan rasa berpuas hati dengan tahap amalan untuk membudayakan program tersebut dikalangan kakitangan. Beliau selaku auditor yang bertanggungjawab membuat semakan untuk kali pertama selepas diauditkan pada 17 Disember 2008 berkata demikian sebaik sahaja selesai membuat audit dokumen dan persekitaran di pejabat Yayasan Islam Kelantan pada 11 Januari 2010.
 
Berdasarkan pandangan beliau, YIK sedang berada di landasan yang betul dengan amalan berterusan serta mempunyai hasrat yang tinggi untuk menjadikan 5S sebagai sebahagian daripada kaedah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Walaupun demikian, YIK perlu membuat inovasi dan pembaharuan dalam mencipta sesuatu yang baru dan menarik untuk menjadi elemen penambahbaikan seterusnya berupaya melonjak kejayaan proram ini.

Antara yang perlu diberi perhatian memastikan pelaksanaan aktiviti menepati sebagaimana yang disediakan di dalam carta perbatuan, sementara itu, gambar-gambar di sudut 5S induk dan zon hendaklah disertakan dengan jenis aktiviti dan tarikh.

YIK juga disarankan agar memastikan semua peralatan dan mesin perlu mempunyai PIC serta menyertakan tatacara penggunaan sekiranya ia digunakan secara bersama. Jawatankuasa Audit perlu membuat semakan secara berjadual dan sesalinan teguran perlu dikepil bagi setiap zon yang diaudit,Jawatankuasa Latihan pula disarankan agar dapat membuat penjadualan tetap melalui edaran, buat masa ini program Tazkirah Pagi Ahad menjadi medium untuk menyampaikan maklumat dan info-info yang berkaitan dengan aktiviti latihan 5S tanpa dijadikan sebahagian dari program jawatankuasa berkenaan.

Kesemua Ahli Jawatankuasa 5S hadir dalam audit melanjutkan persijilan 5S berkenaan yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir 1.00 tengahari.

 
YIK Terus Mengekalkan Sijil 5S Amalan Persekitaran Berkualiti
Selasa, 26 Januari 2010 01:10
 
Gotong royong 5S: Keceriaan Tanggungjawab Bersama
Khamis, 14 Januari 2010 02:59

Nilam Puri:     Pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan diingatkan agar dapat menyuburkan sikap bertanggungjawab menjaga kebersihan serta keceriaan persekitaran sesuai dengan amalan persekitaran berkualiti 5S. Bercakap sewaktu melancarkan Program Gotong Royong Perdana pada 9 Januari lalu YABrs. Pengarah turut mengharapkan kerjasama semua kakitangan menghidupkan budaya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Dengan mengambil contoh pembuangan sampah sarap yang sekiranya tidak diberi perhatian yang sewajarnya akan menimbulkan suasana dan persekitaran yang tidak tenteram.

Dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan agensi kerajaan yang kondusif, selamat dan menarik, peranan setiap kakitangan amat diharapkan. “Pencapaian YIK sehingga hari ini masih boleh dipertingkatkan meskipun telah mendapat pengiktirafan dari pihak MPC pada tahun 2008”, katanya. Kejayaan membudayakan program ini hingga ke akarnya memerlukan iltizam dan komitmen yang tinggi dari semua peringkat pengurusan.

Jawatankuasa Induk 5S YIK mengadakan gotong royong melibatkan semua kakitangan untuk mengemaskini ruang kerja masing-masing selain mengindahkan laman pejabat sebagai langkah persediaan pengauditan melanjutkan persijilan.

Hadir sama dalam program berkenaan Timbalan Pengarah Pengurusan YM Tengku Abd. Rahman Tuan Yunus,Timbalan Pengarah Sekolah, Hj. Mohamed b. Ya, dan Timbalan Pengarah Akademik, Hjh. Che Zainah bt. Ab. Lah

 
« MulaSblm12345678910SeterusnyaTamat »

Muka 7 daripada 15

Terkini

10 Ogos 2010 - Mesyuarat Agong PIBG Ke 2 MTS Kok Lanas

 

11 Ogos 2010 - Mesyuarat Pengurusan YIK

 

12 Ogos 2010 -  Majlis Tadarus Ramadhan Bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara setia Menteri besar Kelantan

 

 16 Ogos 2010 - Majlis Keraian pelajar Ke Timur Tengah di Dewan YIK.

WebYIK Online

Waktu Pejabat

AHAD - RABU
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 4.45 ptg

KHAMIS
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 tgh - 4.30 ptg

Diari YIK

September 2010
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

Langgan berita YIK

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

YouCMSAndBlog Module Generator Wizard Plugin

Alih Bahasa

Soundtrack

Ikuti kami di Facebook!

Video Lagu Kelantan

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Perbankan Internet

Undian

Apakah pandangan anda mengenai mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh YIK?
 

Tetamu Web YIK

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1601
mod_vvisit_counterYesterday1262
mod_vvisit_counterThis week1601
mod_vvisit_counterThis month6914
mod_vvisit_counterAll204010

Bantuan Online

Telephone number of Nik Ramzi 09-7127806




Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK. by using XHTML and CSS.