logo
Yayasan Islam Kelantan
Pasukan YIK sertai Bowling Perkumpulan Perempuan Kelantan
Khamis, 17 Disember 2009 00:00

 

 

Kota Bharu:     Kakitangan wanita Yayasan Islam Kelantan turut menyertai Kejohanan Bowling anjuran Jawatankuasan Kecil Sukan, Perkumpulan Perempuan Kelantan (PPK) yang diadakan pada 12 Disember 2009 bertempat di Mutiara Bowl tingkat 4 Pusat Membeli belah Billion, Kota Bharu.

Pasukan YIK yang diketuai oleh Pn. Rose Manisah  bt  Yahya (isteri Pengarah) terdiri dari Pn Tg. Nor Izzati bt Tuan Hamid, Zailawani bt Mohamed dan Mastura bt Arifin.  Sebanyak 21 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang berakhir dengan pasukan Puspanita Darul Naim muncul sebagai johan.

Sementara YIK berada di tempat ke 8 daripada 21 pasukan. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBM Dato’ Tengku Norasiah bt Tengku Ahmad, Pengerusi Perkumpulan Perempuan Kelantan.

 
YIK Himpun Kakitangan Jayakan Hari Keluarga 2009
Isnin, 14 Disember 2009 13:47

 

Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu:    Badan Kebajikan Yayasan Islam Kelantan menganjurkan Hari Keluarga 2009 bertempat di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu pada 6-7 November yang lalu.

Acara tahunan YIK itu merupakan program untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama kakitangan dan keluarga masing-masing.Lebih 56 keluarga menyertai program berkenaan dengan bilangan penyertaan ahli keluarga hampir 280 orang. Meskipun diiringi dengan cuaca mendung dan hujan gerimis, semua acara yang telah dirancang telah dapat dijayakan dan mendapat sambutan luarbiasa dari semua kakitangan serta keluarga masing-masing.

Antara acara yang diadakan ialah pertandingan merebut kerusi untuk kanak-kanak, berlari sambil membawa bola ping-pong dalam sudu, gelek rim basikal dan berlari sambil membawa gelas berisi air di atas dulang kecil. Suasana pantai yang nyaman menambahkan lagi kemeriahan lebih-lebih lagi acara untuk muslimat turut mendapat sambutan hangat. Para pemenang diberi hadiah sebaik sahaja setiap acara yang dipertandingkan selesai.

Timbalan Pengarah (Sekolah) Hj. Mohamed b. Ya turut sama dalam program berkenaan dan telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Turut sama Timbalan Pengarah (Pengurusan), Hj. Abd. Manan b. Ali, Timbalan Pengarah (Akademik), Hj. Zakaria b. Mohamed, Penolong-penolong Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan Yayasan Islam Kelantan.

 
Masjid Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
Isnin, 07 Disember 2009 04:39

 

 

 

Masjid Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang berharga RM 557,992.50 telah pun siap dibina. Masjid 2 tingkat dengan keluasan lebih kurang 10,600 kaki persegi ini  dapat menampung seramai 750 orang pelajar (jemaah) serentak.

Dengan siapnya masjid ini diharap para pelajar dapat melaksanakan pelbagai program kerohanian dengan lebih selesa. Di samping itu ianya juga dapat memberikan keselesaan kepada para ibu bapa semasa mereka mengunjungi anak-anak mereka semasa hujung minggu ataupun pada hari cuti.

Pihak Yayasan Islam Kelantan ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan terutamanya kepada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang telah berjaya mengumpul dana untuk pembinaan masjid ini hingga ianya berjaya disiapkan.

Penghargaan yang tidak terhingga juga dirakamkan kepada YB Tuan Hj Abdul Fattah bin Mahmood, ADUN Bukit Panau, Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dan Majlis Daerah Tanah Merah yang telah banyak membantu bagi menjayakan pembinaan masjid ini.

 

 
Pengarah YIK Pantau Perkembangan Banjir
Khamis, 10 Disember 2009 06:40

 


 

 
 
 
 
 
 
 
 
Rantau Panjang :    Pengarah Yayasan Islam Kelantan En. Ahmad Robert b. Abd Rahim telah meluangkan masa meninjau perkembangan banjir yang berlaku khususnya yang melibatkan beberapa sekolah yang berada di kawasan rendah seperti Maahad Muhammadi Rantau Panjang pada 24 November 2009. Tinjauan yang turut disertai oleh Penolong Pengarah (Kenaziran) bertujuan melihat keadaan pelajar-pelajar yang sedang menduduki  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM sekolah berkenaan. Selain itu beliau juga turut menyampaikan sumbangan makanan ringan dan sedikit keperluan sementara yang diperlu oleh pelajar-pelajar berkenaan.

 


Dalam perkembangan terdahulu, Timbalan Pengarah (Sekolah) Tn. Hj. Mohamed b. Ya turut serta bersama-sama Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Tn Hj. Ghazali b. Abd Rahman meninjau keadaan pelajar-pelajar samada daripada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran ataupun di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan. seramai 128 orang calon SPM (53 lelaki,75 perempuan) telah dipindahkan dan  ditempatkan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Periuk. Mereka turut meredah banjir untuk bertemu pelajar dan sempat menyampaikan amanat kepada para pelajar supaya sabar menempuh dugaan banjir serta  tidak mematahkan semangat untuk mengulangkaji pelajaran dan seterusnya menjawab peperiksaan dengan sebaik mungkin.Kesemua pelajar mendapat kemudahan makanan dari pihak sekolah selain  pengangkutan yang disediakan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat  Balai Rantau panjang.

Tinjauan pada waktu malam itu juga sempat melawat calon-calon STPM yang turut menjadi mangsa banjir di SMK Rantau Panjang. Seramai 18 calon STPM (3 lelaki,15 perempuan) dari Maahad Muhammadi Rantau panjang ditempatkan di asrama sekolah tersebut.
 
Banjir di Sekolah-Sekolah YIK
Khamis, 03 Disember 2009 12:11

Beberapa buah Sekolah Yayasan Islam Kelantan ditenggelami banjir yang melanda negeri ini pada hari Jumaat 6 November 2009.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Maahad Muhammadi Rantau Panjang, SMU(A) Al-Fauziah, Banggol Kulim, SMU(A) Al-Tahiriah, Tasek, SMU(A) Tarbiah Islamiah, Lubuk Gong, SMU(A) Syukriah, Lubok Setol, SMU(A) Al-Falah,Siram, SMUA(A) Nurul Huda, Kajang Sebidang dan SMU(A) Al-BAlaghul Mubin, Rong Chenok.

 Banjir tersebut telah menyebabkan sekolah-sekolah berkenaan terpaksa ditutup apda awal minggu berikutnya.

 
« MulaSblm12345678910SeterusnyaTamat »

Muka 9 daripada 15

Terkini

10 Ogos 2010 - Mesyuarat Agong PIBG Ke 2 MTS Kok Lanas

 

11 Ogos 2010 - Mesyuarat Pengurusan YIK

 

12 Ogos 2010 -  Majlis Tadarus Ramadhan Bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara setia Menteri besar Kelantan

 

 16 Ogos 2010 - Majlis Keraian pelajar Ke Timur Tengah di Dewan YIK.

WebYIK Online

Waktu Pejabat

AHAD - RABU
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 4.45 ptg

KHAMIS
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 tgh - 4.30 ptg

Diari YIK

September 2010
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

Langgan berita YIK

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

YouCMSAndBlog Module Generator Wizard Plugin

Alih Bahasa

Soundtrack

Ikuti kami di Facebook!

Video Lagu Kelantan

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Perbankan Internet

Undian

Apakah pandangan anda mengenai mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh YIK?
 

Tetamu Web YIK

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday853
mod_vvisit_counterYesterday1574
mod_vvisit_counterThis week9304
mod_vvisit_counterThis month14617
mod_vvisit_counterAll211712

Bantuan Online

Telephone number of Nik Ramzi 09-7127806




Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK. by using XHTML and CSS.