logo
Yayasan Islam Kelantan
Multaqa Pengetua SMAN/SMAR
Khamis, 03 Disember 2009 12:05

 

 

Seramai 90 orang Pengetua Maahad dan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan menghadiri Multaqa Pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) di seluruh negeri.

Multaqa anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu dirasmikan oleh YB Senator Mej. Jan.(B) Dato' Haji Jamil Khir Baharom. Multaqa itu disertai oleh Pengetua seluruh Sekolah Agama Dalam negeri telah diadakan pada 3 & 4 Oktober 2009 bertempat di Hotel Empress, Salak Tinggi, Selangor.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Senator Mej. Jan.(B) Dato' Haji Jamil Khir Baharom berterima kasih kepada Maahad Yayasan Islam Kelantan di mana 2 orang anaknya adalah lepasan Yayasan Islam Kelantan dan kini sudah berkerja dengan jawatan yang tinggi iaitu sebagai juruterbang.

 

 
Majlis Pelancaran Kursus Pengurusan Sekolah YIK
Selasa, 01 Disember 2009 06:15

Kota Darulnaim, Kota Bharu:    Yayasan Islam Kelantan meneruskan komitmennya untuk memperkemaskan jentera pengurusannya sehingga ke peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, Majlis Pelancaran Kursus Pengurusan Sekolah Peringkat Zon telah diadakan pada 10 Zukaedah 1430H/29 Oktober 2009 di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.  Majlis berkenaan telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan, En. Ahmad Robert b. Abd. Rahim.

Panduan Pengurusan YIK lebih menjurus kepada penambahbaikan dalam mengurus dan mengendalikan sekolah-sekolah mengikut piawai dan garis panduan yang telah ditetapkan. Ini tentunya akan memberi tambah nilai kepada kreativiti dan inovasi pengetua dalam mengemudikan sekolah masing-masing. Panduan yang merangkumi semua aspek berkaitan akan menjadi teras rujukan dalam menanggani sesuatu permasalahan yang timbul di peringkat sekolah. 

Pengarah YIK dalam ucapannya memberi penekanan kepentingan peranan pengetua dalam mengendalikan sekolah-sekolah. Keberkesanan pengetua adalah merupakan kunci kepada kemajuan sekolah dan kecemerlangan pelajar, justeru itu tiga perkara yang dapat melonjak peningkatan keberkesanan ini ialah peningkatan usia, serta perubahan umur, selain itu perubahan persekitaran juga menjadi penyumbang kepada peningkatan kecekapan serta dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan. “Perubahan secara mendadak dalam sesuatu perkara turut menjadi elemen penyokong kepada perkembangan positif ini,” ujarnya.

Program bermula dengan Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Puan Hajjah Halimah bt Malkan, mantan pengetua cemerlang Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis berkenaan Timbalan Pengaran (Sekolah), Hj. Mohamed b. Ya dan Timbalan Pengarah (Akademik) Hj. Zakaria b. Mohamed serta Penolong-penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan.

 

 

 

 
Maklumat Kemasukan Tingkatan Satu Sekolah Menengah Ugama (Arab) YIK 2010
Ahad, 22 November 2009 07:06

Sekolah Menengah Ugama (Arab) YIK adalah:

1) MAAHAD YAAKUBIAH NIPAH         
2) MAAHAD SYAMSUL MAARIF (LELAKI) LABOK
3) MAAHAD SYAMSUL MAARIF (PEREMPUAN) PULAI CHONDONG          
4) MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG
5) MAAHAD AS SABIRIN AYER                
6) MAAHAD RAUDHAH NAZIRIN JERIMBUNG
7) SEMUA SEKOLAH MENENGAH UGAMA (A) YAYASAN ISLAM KELANTAN

- Syarat TIADA
- Borang boleh didapati di maahad/SMU(A) berkenaan
- Borang yang telah siap diisi hendaklah hantar ke Maahad SMU(A) berkenaan
- Ujian akan ditetapkan oleh pihak Maahad/SMU(A)
- Keputusan diumumkan di Maahad/SMU(A)  masing-masing

 
14 Pengetua YIK ikuti Kursus Kepimpinan di IAB
Selasa, 24 November 2009 11:24

 

Genting Highland:    Seramai 14 orang pengetua sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan mengikuti Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan untuk Pengetua yang berlangsung pada 1 hingga 13 November 2009 di Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highland.

Kursus yang julung-julung kali ini di urusetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Pendidikan dan Pembangunan Islam bertujuan memberi pendedahan maksima kepada pengetua-pengetua sekolah agama di seluruh Malaysia berhubung langkah dan kaedah terbaik yang perlu dilakukan oleh pengetua sebagai pengurus dan pemimpin di sekolah.

Selain YIK seramai 55 orang pengetua terlibat dalam kursus berkenaan dari seluruh Malaysia termasuk Melaka dan Negeri Sembilan. Sepanjang kursus berkenaan peserta didedahkan dengan Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi,Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan fizikal, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Perhubungan Luar.


Maklumat yang dibekalkan itu cukup berguna untuk menambahkan kefahaman semua pengetua terhadap tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul khususnya untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut garis panduan yang betul serta menepati kehendak dan hasrat kerajaan.

Dalam ucapan perasmian penutup, Pengarah Bahagian Pendidikan dan Pembangunan Islam JAKIM, Pn. Ramlah Yong menaruh harapan yang tinggi agar semua ilmu yang diperolehi dapat di eplementasikan di sekolah masing-masing dan dapat bersaing dengan sekolah-sekolah aliran kebangsaan bahkan dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik.

 
Maklumat Kemasukan Tingkatan Satu Maahad Pilihan YIK 2010
Ahad, 22 November 2009 06:57


Sekolah-Sekolah Maahad Pilihan Adalah:

1) MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN         
2) MAAHAD AHMADI, TANAH MERAH
3) MAAHAD RAHMANIAH, KUALA KRAI           
4) MAAHAD AMIR INDERA PETRA, BERIS, BACHOK
5) MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS                 
6) MAAHAD AR RAHMAH KENALI, KUBANG KERIAN
7) MAAHAD SANIAH, PASIR PUTEH                     
8) MAAHAD MUHAMMADI TUMPAT
9) MAAHAD PENGAJIAN ISLAM, KOTA BHARU

-    Syarat 2A
-    Borang boleh didapati di Maahad berkenaan
-    Borang yang telah siap diisi hendaklah hantar ke Maahad berkenaan
-    Ujian Lisan ditetapkan oleh pihak maahad setelah borang permohonan dihantar.
-    Ujian bertulis dijalankan pada 21 November 2009 dan 6 Disember 2009 di maahad berkaitan.
-    Keputusan diumumkan di maahad masing-masing
-    Rayuan kemasukan adalah dalam tempoh seminggu selepas keputusan kemasukan pelajar.

 
« MulaSblm12345678910SeterusnyaTamat »

Muka 10 daripada 15

Terkini

10 Ogos 2010 - Mesyuarat Agong PIBG Ke 2 MTS Kok Lanas

 

11 Ogos 2010 - Mesyuarat Pengurusan YIK

 

12 Ogos 2010 -  Majlis Tadarus Ramadhan Bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara setia Menteri besar Kelantan

 

 16 Ogos 2010 - Majlis Keraian pelajar Ke Timur Tengah di Dewan YIK.

WebYIK Online

Waktu Pejabat

AHAD - RABU
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 4.45 ptg

KHAMIS
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 tgh - 4.30 ptg

Diari YIK

September 2010
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

Langgan berita YIK

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

YouCMSAndBlog Module Generator Wizard Plugin

Alih Bahasa

Soundtrack

Ikuti kami di Facebook!

Video Lagu Kelantan

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Perbankan Internet

Undian

Apakah pandangan anda mengenai mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh YIK?
 

Tetamu Web YIK

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1643
mod_vvisit_counterYesterday1262
mod_vvisit_counterThis week1643
mod_vvisit_counterThis month6956
mod_vvisit_counterAll204051

Bantuan Online

Telephone number of Nik Ramzi 09-7127806




Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK. by using XHTML and CSS.