Kemaskini Pada: 06 September 2010
| “Tuntutlah ilmu seperti mana seorang ibu mencari anak tunggalnya yang hilang”(Hamka) |
|
|
- Capaian Awam
- Capaian Sekolah
- Capaian Kakitangan
Yayasan Islam Kelantan
|
Ilmu dan Taqwa Perlu Seiringan |
|
Sabtu, 21 Ogos 2010 00:00 |
 “Ilmu dan taqwa perlu seiring”, demikian amanat YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan di Majlis Keraian Pelajar Yayasan Islam Kelantan Ke Universiti Timur Tengah yang telah diadakan pada 16 Ogos 2010.
Beliau juga menegaskan agar pelajar-pelajar perlu berusaha lebih gigih dalam mencari ilmu pengetahuan sebaik mungkin sepanjang tempoh pengajian nanti bagi melengkapkan diri dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dalam menghadapi arus permodenan yang semakin mencabar.
Dalam majlis yang sama, YAB Tuan Guru menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar berkenaan, turut mengiringi beliau YB. Dato'. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan & Dakwah negeri Kelantan, Dato’ Nik Amar Nik Abdullah dan Pengarah Yayasan Islam Kelantan, En. Ahmad Robert Abd Rahim.
Seramai 197 pelajar akan menyambung ke Mesir (bidang Perubatan 20 orang,Tahfiz 25 orang, Pengajian Islam 155 orang), 72 pelajar ke Jordan di dalam pengajian Islam dan 4 orang pelajar ke Morocco bermula 18 Ogos 2010.
Majlis itu juga turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar dan semua pengetua-pengetua sekolah YIK.  |
|
|
Rabu, 18 Ogos 2010 21:48 |
|
“Ramadhan yang bertandang perlu disambut oleh semua kaum muslimin, dan untuk mengalu-alukan kehadirannya, kelengkapan-kelengkapan sambutan perlu disiapkan, sebagaimana kebiasaan kita untuk menyambut ketibaan tetamu-tetamu” demikian ulasan Timbalan Pengarah Sekolah Tn. Hj. Mohamed Ya dalam Tazkirah Ramadhan yang disampaikan pada hari kedua Ramadhan. Beliau turut menyentuh keperluan seseorang meneliti kembali sejauhmana kecintaannya kepada Ramadhan dengan menguji perasaan sebenar apabila Ramadhan semakin hampir, sekiranya kita merasa gembira dan seronok menunjukkan kita benar-benar rindu untuk bertemu Ramadhan,sebaliknya jika bukan demikian, muhasabah perlu dilakukan untuk mengembalikan kita mencintai perintah Allah. Tn. Hj. Mohamed Ya yang merupakan pentazkirah pertama selepas dari amanat Pengarah turut meminta agar semua kakitangan mengikhlaskan niat sehingga menjadikan amalan yang diterima Allah s.w.t Beliau mengakhiri tazkirah dengan harapan agar pengajaran Ramadhan ini dapat diterapkan dalam kehidupun semua dan akhirnya dapat melahirkan manusia yang takut gerun kepada Allah dalam segenap sendi aktiviti.dan tidak memberi hanya memberi tumpuan untuk memuaskan kehendak perut semata-mata malah keperluan sebenar melewati daripada itu.dan elakkan diri dari melakukan pembaziran.
|
|
3 Pelajar MPI Raih Naib Johan |
|
Rabu, 04 Ogos 2010 00:00 |
|
Tiga orang pelajar Maahad Pengajian Islam mendapat tempat kedua dalam Pertandingan RHB – The Star Mighty Minds Kelantan Challenge yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa. Pada 10 Julai 2010. Pertandingan yang dianjurkan oleh Akhbar The Star dengan kerjasama Bank Perdagangan RHB , MC Donald dan Kementerian Pelajaran merupakan penyataan kali ke kedua dari MPI.
MPI berhadapan dengan cabaran 60 pasukan sekolah –sekolah Kementerian Pelajaran dan juga Maahad Muhammadi Lelaki dalam soalan objektif dan binaan model yang dilaksanakan menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya.Pasukan MPI yang terdiri dari Nurul Amani Rosman, Iqhwani Athirah Ismail dan Mohd Norhafiz Hambali memenangi hadiah wang tunai, RM2000.00 dan sijil. Penghargaan turut diberikan kepada pihak sekolah dengan sumbangan dari Sengheng berupa Kamera digital. Hadiah dan sumbangan di sampaikan oleh Mohd. Najib Omar dari Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan. Keratan Akhbar The Star boleh dilihat di sini. |
|
|
Amanat Pengarah YIK 1 Ramadhan |
|
Rabu, 11 Ogos 2010 00:00 |
|
 “Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ramadhan mempunyai kemuliaan dan kelebihan berbanding dengan bulan-bulan lain, justeru itu kita diminta meningkatkan program-program pembinaan rohani dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan memperbanyakkan amalan-amalan di bulan ini” Demikian kata Pengarah Yayasan Islam Kelantan, En Ahmad Robert Abd Rahim ketika menyampaikan amanat Pengarah dalam program Tazkirah Ramadhan yang dianjurkan oleh Unit Keutuhan Rohani Jabatan selepas solat Zohor 11 Ogos 2010.
Dalam majlis yang sama beliau turut menyatakan rasa syukur kerana dapat bersama pada bulan Ramadhan Al-Mubarak pada kali ini serta dapat bersama-sama menunaikagan solat berjemaah di Musalla YIK. Kehadiran Ramadhan menjadikan rutin harian kita agak berbeza yang sering kali menjadikan prestasi kerja agak menurun dan agak perlahan dengan alasan kepenatan berpuasa di siang hari dan beramal di malam hari, sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana kerja perlu diteruskan bahkan ianya merupakan teras yang menjadi tanggugjawab yang wajib dilaksanakan.
Beliau juga menegaskan Qiamullail tidak akan sesekali menjejaskan rutin harian sekiranya kita mempunyai motivasi kerja yang tinggi, beliau turut menekankan sempena kedatangan bulan mulia kakitangan perlu memperbaiki tahap perhubungan agar lebih harmoni antara mereka khususnya kakitangan wanita, Perkara ini akan merugikan jabatan itu sendiri dan mereka perlu belajarlah menerima kekurangan rakan-rakan seadanya dan perlu mencari titik persamaan untuk menggambarkan akhlak dan keperibadian kakitangan adalah senada dengan nama Yayasan Islam Kelantan.
Kesemua kakitangan hadir dalam majlis berkenaan termasuk Timbalan dan Penolong-penolong Pengarah.
|
|
Karnival Silat 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki Meriah |
|
Khamis, 29 Julai 2010 11:45 |
|
Program Seni Silat diadakan pada 24 Julai 2010 (Sabtu) di Maahad Muhammadi Lelaki. Program diadakan hasil daripada cetusan idea oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.  Program seni Silat merupakan salah satu aktiviti ko kurikulum yang diambilkira dalam pengiraan peratusan 10% ke IPTA. Acara perasmian dilakukan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan. YABrs. Pengarah YIK, YBrs. Timbalan Pengarah (Akademik) dan pengetua-pengetua sekolah juga menghadiri Karnival Silat ini. Sebanyak 20 buah sekolah menyertai yang terdiri daripada 6 persatuan iaitu Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia, Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia, Persatuan seni Silat Gayung 3 Kalimah, Persatuan Seni Silat Gayung Warisan dan Persatuan Seni Silat Gayung Fatani.
Jenis Pertandingan Seni Silat terdiri daripada:-
1) Pertandingan Seni Silat Olahraga -dua orang dari sebuah sekolah
2) Pertandingan Seni Silat Tempur -dua orang dari sebuah sekolah
3) Pertandingan Seni Solo -persembahan silat (individu) Seramai 331 orang telah membuat persembahan sebelum acara perasmian penutup jam 5 Petang di padang Maahad Muhammadi Lelaki. Gambar-gambar sepanjang Karnival Silat 2010 boleh dilihat di Album YIK Online disini . |
|
|
|
|
|
|
Muka 2 daripada 15 |
Terkini
10 Ogos 2010 - Mesyuarat Agong PIBG Ke 2 MTS Kok Lanas 11 Ogos 2010 - Mesyuarat Pengurusan YIK 12 Ogos 2010 - Majlis Tadarus Ramadhan Bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara setia Menteri besar Kelantan 16 Ogos 2010 - Majlis Keraian pelajar Ke Timur Tengah di Dewan YIK. |
|
|
|
Aplikasi Online
Waktu Pejabat
AHAD - RABU 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 ptg - 4.45 ptg
KHAMIS 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 tgh - 4.30 ptg |
|
|
Informasi Pendidikan
Agensi-Agensi
English Version
Ikuti kami di Facebook!
Video Lagu Kelantan
You must have
Flash Player installed in order to see this player.
Perbankan Internet
Akhbar Online
Tetamu Web YIK
 | Today | 845 |
 | Yesterday | 1574 |
 | This week | 9296 |
 | This month | 14609 |
 | All | 211704 |
Bantuan Online
09-7127806
yik
kelantan.edu.my
Pautan Kerajaan Malaysia
Pautan Pendidikan
Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK.
by using XHTML and CSS.