Kemaskini Pada: 06 September 2010
Abu Zar meriwayatkan “Menghadiri majlis ilmu seorang alim lebih baik daripada bersembahyang (sunat) seribu rakaat, menziarahi seribu orang pesakit, dan menghadiri pengkebumian seribu jenazah” |
|
|
- Capaian Awam
- Capaian Sekolah
- Capaian Kakitangan
Yayasan Islam Kelantan
|
Selamat bertugas di Yayasan Islam Kelantan |
|
Selasa, 16 Jun 2009 03:49 |
|
Seluruh warga YIK mengucapkan selamat bertugas kepada YABrs Pengarah, En . Ahmad Robert b. Abd. Rahim yang mula bertugas pada 16 Jun 2009. Beliau sebelum ini adalah Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Kota Darul Naim Kota Bharu. Mula berkhidmat pada tahun 1989 di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat sebagai Pegawai Tadbir Negeri sebelum ditugaskan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri pada 16 Mei 1990. Pada 1 Disember 1993 En Ahmad Robert berkhidmat di Majlis Daerah Pasir Mas seterusnya menjawat jawatan Penolong Pengarah di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) pada 1 Disember 1996. |
|
|
YIK kumpul 73,726.15 untuk Tabung Cakna Palestin |
|
Rabu, 21 Januari 2009 16:28 |
|
Serah : Pengarah YIK, Hj. Che Ismail b. Che Hasabullah, menyerahkan kutipan dana Palestin kepada YAB. Tuan Guru Menteri Besar
Nilam Puri : 21 Jan – Menginsafi nasib yang dialami oleh saudara-saudara seagama di bumi Gaza yang diganyang teruk oleh rejim Yahudi Israel, Yayasan Islam Kelantan turut menyambut baik usaha Kerajaan Negeri yang menganjurkan program Cakna Palestin. Untuk tujuan tersebut peringkat YIK telah mengadakan Program Misi Cakna Palestin dengan menganjurkan pungutan dana dari pelajar-pelajar sekolah dan mengadakan demontrasi aman sebagai tanda bantahan kepada kekejaman Yahudi dan mengumpul bantuan untuk penduduk Gaza. Acara kemuncak penyerahan dana dan penyerahan sepanduk bantahan telah diadakan di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan pada 21 Januari lalu. |
|
Pelajar YIK cipta rekod baru |
|
Jumaat, 20 Mac 2009 07:20 |
|
Kuala Besar : 20 Mac - Nik Nur Madihah bt Mohd Kamal berjaya memecah rekod Siti Fatimah Mukhtar dengan memperolehi 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan baru-baru ini. Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan ini telah menunjukkan kemampuan akademiknya sejak dari awal lagi, di mana dalam Ujian Penilaian Rendah (UPSR) beliau mendapat 5A, Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) 10A, Penilaian Menengah Rendah (PMR) 9A, Sijil Menengah Ugama (SMU) 1 Cemerlang.
Berasal dari keluarga nelayan Kampung Parang Puting Kota Bharu dan merupakan anak pertama dari 4 beradik Nik Nur Madihan gigih meneruskan pengajian meskipun menghadapi pelbagai cabaran.
|
|
|
SPM 2008: YIK teruskan tradisi kecemerlangan |
|
Khamis, 05 Mac 2009 08:27 |
|
Bangga: Pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Perempuan mengusung Nik Nur Madihah setelah diumumkan sebagai pelajar terbaik.
Nilam Puri : 05 Mac - Yayasan Islam Kelantan meneruskan trasidisi kecemerlangan peperiksaan untuk tahun 2008, di mana pencapaian keseluruhan untuk SPM ialah 97.99% dengan jumlah calon seramai 3507 orang. Dari jumlah tersebut 2564 orang adalah dari SMU(A) Kerajaan manakala bakinya dari SMU(A) Bantuan.
Sebanyak 17 buah sekolah memperolehi pencapaian 100% yang terdiri daripada 9 buah SMU(A) Kerajaan iaitu, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Pasir Mas, Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Maahad Syamsul Maarif Lelaki, Maahad Syamsul Maarif Perempuan, Maahad Tahfiz al Quran Wal Qira’at, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Pusat Pengajian Pondok.
|
|
|
|
|
|
|
Muka 14 daripada 15 |
Terkini
10 Ogos 2010 - Mesyuarat Agong PIBG Ke 2 MTS Kok Lanas 11 Ogos 2010 - Mesyuarat Pengurusan YIK 12 Ogos 2010 - Majlis Tadarus Ramadhan Bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara setia Menteri besar Kelantan 16 Ogos 2010 - Majlis Keraian pelajar Ke Timur Tengah di Dewan YIK. |
|
|
|
Aplikasi Online
Waktu Pejabat
AHAD - RABU 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 ptg - 4.45 ptg
KHAMIS 8.00 pagi - 1.00 tgh 2.00 tgh - 4.30 ptg |
|
|
Informasi Pendidikan
Agensi-Agensi
English Version
Ikuti kami di Facebook!
Video Lagu Kelantan
You must have
Flash Player installed in order to see this player.
Perbankan Internet
Akhbar Online
Tetamu Web YIK
 | Today | 818 |
 | Yesterday | 1574 |
 | This week | 9269 |
 | This month | 14582 |
 | All | 211678 |
Bantuan Online
09-7127806
yik
kelantan.edu.my
Pautan Kerajaan Malaysia
Pautan Pendidikan
Copyright 2009 Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Penafian: Yayasan Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugianyang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Best Viewed with Internet Explorer 7.0 dan Firefox 3.0
Dijanakan oleh Unit IT, YIK.
by using XHTML and CSS.