Sistem Bank Resume YIK diwujudkan untuk memudahkan calon yang berhasrat untuk berkhidmat dengan Yayasan Islam Kelantan meletakkan resume secara atas talian. Sistem ini mula dibuka pada 1 Mei 2021 dan akan ditutup pada 31 Mei 2022. Mana-mana yang pemohon yang pernah mengisi di dalam sistem ini sebelum 1 Mei 2021, perlu mengisi semula jika masih berminat untuk meletakkan resume secara atas talian di Bank Resume YIK.
Pemohon-Pemohon yang telah berdaftar dengan Sistem Bank Resume akan disaring dan dipilih mengikut keperluan iaitu sekiranya terdapat kekosongan jawatan yang dipohon; dan memenuhi syarat kelayakan perkhidmatan jawatan yang dipohon.
Sistem ini memerlukan pemohon untuk mengisi maklumat mengenai diri anda di beberapa seksyen. Antara seksyen yang perlu dilengkapkan adalah :-
1. Maklumat Diri
2. Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit hendaklah tepat dan 1 nombor telefon sahaja digunakan.
3. Maklumat Akademik
4. Maklumat Ko-Kurikulum
5. Pengalaman Kerja
6. Rujukan
Sila pastikan resume dikemaskini dari masa ke semasa sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi.
Semua data permohonan yang berada di dalam Bank Data Yayasan Islam Kelantan akan dilupuskan selepas 31 Mei 2022. Hanya calon yang berjaya sahaja akan dihubungi dan permohonan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada YIK setelah Ujian Kelayakan Pendidik YIK dijalankan.
Untuk mengelak sebarang ralat dan kesilapan, sila isi melalui komputer.
Pengisian resume ke Bank Resume YIK boleh diisi melalui pautan di bawah:
Yayasan Islam Kelantan amat mengalu-alukan niat saudara/saudari untuk menjalani latihan praktikal dengan Yayasan Islam Kelantan.
Sehubungan dengan itu sebarang permohonan latihan praktikal, sila sertakan surat dari universiti/kolej berkenaan dipanjangkan ke pejabat Yayasan Islam Kelantan di alamat Yayasan Islam Kelantan,Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan Peti Surat 248, Jalan Tunjung - Pasir Mas, Bandar Baru Tunjong, 16010 Kota Bharu Kelantan.
Tel: 09-7126315 / 09-8648000
Fax : 09-7127806
Atau boleh emailkan resume beserta surat permohonan latihan industri ke
Untuk makluman pihak tuan/puan, Yayasan Islam Kelantan atau YIK tidak menyediakan sebarang pinjaman pengajian dan biasiswa. Yayasan Islam Kelantan adalah merupakan organisasi menguruskan persekolahan sekolah-sekolah agama di Negeri Kelantan.
Manakala pihak yang bertanggungjawab menguruskan biasiswa dan pinjaman pengajian adalah Yayasan Kelantan Darul Naim atau YAKIN. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.yakin.kelantan.gov.my/.
Berikut adalah maklumat mengenai Yayasan Kelantan Darul Naim:
Alamat: Yayasan Kelantan Darul Naim, Tingkat 5, Kompleks YAKIN, Jalan Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel : 09-748 3213. Fax : +609-744 9085.
Emel:
Facebook YAKIN : www.facebook.com/yakin
Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Yayasan Islam Kelantan telah disediakan secara online dan Portal YIK diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.
Umumnya, Portal YIK boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
Terima kasih di atas minat tuan/puan untuk berkhidmat di Negeri Kelantan.
Untuk makluman YIK merupakan sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri dan tertakluk kepada peraturan-peraturannya yang tersendiri.
Justeru itu sebarang penempatan guru-guru KPM adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia secara lansung.
Tuan/puan boleh mengemukakan hasrat berkenaan kepada majikan tuan/puan untuk dipertimbangkan.
Terima kasih di atas minat tuan/puan untuk berkhidmat di Yayasan Islam Kelantan..
Pihak Yayasan Islam Kelantan akan membuat pengambilan guru jika terdapat kekosongan dan keperluan untuk pengisian. Tuan / Puan hendaklah sentiasa mengemaskini maklumat Tuan / Puan di dalam Bank Resume YIK yang disediakan. Maklumat yang lengkap dan dikemaskini akan digunakan untuk tujuan panggilan Ujian Kelayakan Pendidik Yayasan Islam Kelantan.
Sekian Terima Kasih.
Syarat kemasukan ke Tingkatan 1 Maahad Yayasan Islam Kelantan bagi tahun 2024 adalah seperti berikut :
Maahad Kawalan : 4A UPKK & Setaraf
Maahad Pilihan : 2A UPKK & Setaraf
Tarikh iklan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dijangka akan dibuka pada 14 November 2023.
Sekian Terima Kasih.
Terjemahan sijil hanya untuk ke Arab Saudi sahaja boleh dibuat dengan mendapat kelulusan Timbalan Pengarah (Akademik) Yayasan Islam Kelantan, Tuan Haji Zaki bin Deraman dan kemudian dihantar ke Pusat Bahasa Arab YIK untuk terjemahan. Sila hadir sendiri ke Kompleks Pentadbiran YIK Tunjong Kota Bharu untuk urusan tersebut.
Manakala bagi terjemahan sijil untuk ke negara arab yang lain selain Arab Saudi mesti dibuat di Institut Terjemahan Negara Kuala Lumpur.
Sekian Terima Kasih.
Surat sokongan atau tazkiah boleh di dapati melalui Timbalan Pengarah (Akademik) Yayasan Islam Kelantan, Tuan Haji Sukeri bin Hussin. Sila hadir sendiri ke Kompleks Pentadbiran YIK Tunjong Kota Bharu untuk urusan tersebut.
Sekian Terima Kasih.
Tuan/Puan hendaklah mengambil dan mengisi borang pertukaran persekolahan dari pejabat sekolah sekarang. Seterusnya pihak Tuan/Puan hendaklah menghantar borang tersebut ke kaunter Unit Hal Ehwal Murid (HEM) di Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan Tunjong Kota Bharu dan perlu mengisi dan menyerahkan satu borang pertukaran dari YIK ke sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di kaunter tersebut.
Sekian Terima Kasih.