Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Yayasan Islam Kelantan


Dasar EKSA Yayasan Islam Kelantan

Yayasan Islam Kelantan istiqamah dalam melaksanakan eksa melalui budaya kerja berpasukan dan berdisiplin dengan mengutamakan persekitaran kerja yang bersih dan kondusif melalui penerapan amalan hijau berasaskan prinsip rabbani.

Objektif EKSA Yayasan Islam Kelantan

    • Meningkatkan imej korporat jabatan
    • Mewujudkan persekitaran kerja kondusif
    • Menyemarakkan aktiviti kreativiti & inovasi
    • Membudayakan amalan hijau
    • Meneruskan aktiviti berasaskan prinsip rabbani

Carta Organisasi Jawatankuasa Induk EKSA
Yayasan Islam Kelantan


PELANCARAN PERTANDINGAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
YAYASAN ISLAM KELANTAN ANTARA ZON

Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjong : YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan Hj. Engku Rajhan b. Engku Ismail melancarkan pertandingan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) antara zon pada 13 Februari 2022. Pertandingan ini adalah sebahagian daripada aktiviti Jawatankuasa Promosi untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap pelaksanaan EKSA dalam persekitaran dan ruang kerja kakitangan. Program ini juga untuk memenuhi keperluan pengauditan EKSA peringkat negeri yang akan diadakan pada 21 Mac 2022.

YM Pengarah dalam ucapannya menyentuh tentang keperluan untuk pelaksanaan EKSA di pejabat YIK adalah sebagai usaha untuk menjadikan ruang kerja dan suasana pejabat yang lebih menarik, ceria dan cantik. Menurutnya, Yayasan Islam Kelantan telah disenaraikan antara jabatan yang sepatutnya telah melaksanakan program ini sejak 2 tahun yang lalu, walaubagaimana pun pihak YIK telah membuat permohonan penangguhan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga perpindahan ke pejabat baru ini selesai sepenuhya.

Beliau juga turut mengharapkan agar semua kakitangan dapat memberi kerjasama yang terbaik dan mematuhi aspek-aspek pengauditan yang telah digariskan dalam panduan EKSA untuk membolehkan Yayasan Islam Kelantan dianugerahkan Sijil EKSA dalam pengauditan yang akan dilaksanakan nanti.
Pertandingan ini merangkumi 7 kategori termasuk Ruang Kerja Terbaik, Zon Terbaik, Tandas Terbaik, Bilik Pegawai Terbaik, Sudut EKSA Terbaik, Sudut Go Green Terbaik dan terakhir ialah Kreativiti dan Inovasi Terbaik.

Dalam majlis yang sama, taklimat berhubung kaedah penilaian dan pemarkahan juga telah diadakan sebagai panduan, selain itu, penerangan mengenai aspek-aspek auditan juga telah diperincikan bagi memastikan semua pegawai dan kakitangan mematuhi ketetapan persijilan EKSA.
Hadir sama dalam majlis pelancaran berkenaan, Timbalan-timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah, Pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan.

PELANCARAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)YAYASAN ISLAM KELANTAN

KOTA BHARU : Yayasan Islam Kelantan secara rasminya telah melancarkan program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat jabatan yang telah berlangsung pada 27 Rejab 1442H bersamaan dengan 11 Mac 2021. Pelancaran ini secara rasminya telah disempurnakan oleh YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YM Engku Rajhan bin Engku Ismail bertempat di Bilik Seminar Tingkat 2, Blok A, Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan di Tunjong, Kota Bharu.

Majlis Pelancaran EKSA YIK bermula pada jam 11.00 pagi dengan taklimat khas yang disampaikan oleh fasilitator EKSA YIK, YBrs. Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Hajjah Nur Azah binti Abdul Rahman dan YBrs. Penolong Pengarah Sumber Manusia, Jazlan bin Omar.

Sementara itu, YM Pengarah YIK dalam ucapannya berharap agar semua kakitangan YIK dapat meneruskan komitmen dalam tugasan masing-masing dan memainkan peranan yang tersendiri dalam memastikan matlamat EKSA YIK dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh jabatan.

Dalam majlis ini juga, YM Pengarah berbesar hati untuk menganugerahkan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mencipta Logo EKSA YIK yang dimenangi oleh YBrs. Mohd Yulfaisal bin Yusoff, Akauntan YIK serta menyampaikan plat Dasar EKSA Yayasan Islam Kelantan kepada ketua-ketua Zon yang telah dilantik.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib