Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

faq
Soalan Lazim
hubungi kami
Hubungi Kami
aduan & maklum balas
Aduan & Maklum Balas
peta laman
Peta Laman

Wakaf Pendidikan
MAIK-YIK

Wakaf Pendidikan MAIK-YIK merupakan satu inisiatif strategik hasil kerjasama antara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi memastikan kelangsungan dan kemajuan pendidikan Islam di negeri Kelantan. Inisiatif ini diwujudkan sebagai mekanisme pembiayaan mampan berteraskan konsep wakaf, sekali gus menyokong pembangunan fizikal, kebajikan pelajar serta peningkatan kualiti pembelajaran di institusi pendidikan YIK.

KEJAYAAN PELAKSANAAN WAKAF PENDIDIKAN MAIK–YIK

Projek Siap Sepenuhnya

Sebanyak lima projek telah berjaya disiapkan sepenuhnya dengan jumlah peruntukan RM423,906.00:

  1. Menaiktaraf bangunan asrama dan pembinaan tandas asrama SMUA At-Taqwa Chiku – RM160,156.00
  2. Pendawaian elektrik asrama SMUA Al-Hidayah Chap Bekelam – RM36,250.00
  3. Baik pulih bumbung astaka Maahad Syamsul Maarif Perempuan – RM60,000.00
  4. Menaiktaraf kantin SMUA Al-Kauthar – RM62,500.00
  5. Baik pulih tandas dan pagar Maahad Yaakubiah – RM105,000.00

Projek Sedang Dilaksanakan (Disember 2025 – Kini)

Sebanyak sembilan projek sedang dilaksanakan melibatkan RM314,653.80:

  1. Pembelian tanah SMU Diniah Bongor – RM50,000.00
  2. Pembelian mesin cetak & penyusun Lembaga Peperiksaan YIK – RM44,700.00
  3. Naiktaraf surau & bilik seminar SMUA Mardziah Jabo (30%) – RM37,809.00
  4. Pembinaan bilik ICT SMUA Al-Ihsan – RM14,300.00
  5. Laluan pejalan kaki berbumbung Maahad Rahmaniah – RM28,182.00
  6. Baik pulih asrama SMUA Nurul Huda Bukit Yong – RM62,244.00
  7. Dewan terbuka SMUA Al-Ansoriah (10%) – RM24,218.80
  8. Baik pulih tandas asrama Maahad Syamsul Maarif Lelaki – RM5,410.00
  9. Pembayaran pertindihan struktur SMUA Riayatul Diniah – RM47,790.00

Jumlah Keseluruhan Dana Digunakan

Jumlah dana Wakaf Pendidikan MAIK–YIK yang telah digunakan setakat ini ialah RM738,559.80.

Walaupun pelbagai projek telah dilaksanakan, keperluan dana wakaf masih besar bagi menampung 93 buah sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan merangkumi aspek infrastruktur, kemudahan pembelajaran, teknologi dan kebajikan pelajar.

Wakaf Pendidikan MAIK–YIK merupakan pelaburan strategik demi kelangsungan ilmu dan pembinaan generasi ummah yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Sumbangan wakaf boleh disalurkan melalui no akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang tertera di bawah:

Tabung Wakaf Pendidikan YIK
No. akaun: 03120010022617
(Bank Islam Malaysia Berhad)

PROJEK MENAIKTARAF BANGUNAN ASRAMA DAN PEMBINAAN TANDAS ASRAMA SMUA AT-TAQWA CHIKU

PROJEK BAIK PULIH BUMBUNG ASTAKA MAAHAD SYAMSUL MAARIF PEREMPUAN

PROJEK MENAIKTARAF KANTIN SMUA AL-KAUTHAR

PROJEK BAIK PULIH TANDAS DAN PAGAR MAAHAD YAAKUBIAH

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Senarai Sekolah-Sekolah Di Bawah Kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Arkib