Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Sistem Bank Resume YIK Atas Talian


Sistem Bank Resume YIK diwujudkan untuk memudahkan calon yang berhasrat untuk berkhidmat dengan Yayasan Islam Kelantan meletakkan resume secara atas talian. Mana-mana yang pemohon yang pernah mengisi di dalam sistem ini sebelum 1 Mei 2021, perlu mengisi semula jika masih berminat untuk meletakkan resume secara atas talian di Bank Resume YIK. 

Pemohon-Pemohon yang telah berdaftar dengan Sistem Bank Resume akan disaring dan dipilih mengikut keperluan iaitu sekiranya terdapat kekosongan jawatan yang dipohon; dan memenuhi syarat kelayakan perkhidmatan jawatan yang dipohon. 

Sistem ini memerlukan pemohon untuk mengisi maklumat mengenai diri anda di beberapa seksyen. Antara seksyen yang perlu dilengkapkan adalah :-

1. Maklumat Diri
2. Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit hendaklah tepat dan 1 nombor telefon sahaja digunakan.
3. Maklumat Akademik 
4. Maklumat Ko-Kurikulum
5. Pengalaman Kerja
6. Rujukan

Sila pastikan resume dikemaskini dari masa ke semasa sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi. 

Hanya calon yang berjaya sahaja akan dihubungi dan permohonan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada YIK setelah Ujian Kelayakan Pendidik YIK dijalankan.

Untuk mengelak sebarang ralat dan kesilapan, sila isi melalui komputer. 

Pengisian resume ke Bank Resume YIK boleh diisi melalui pautan di bawah.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib