Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
24 Ogos, 2014

Tadarus, Iftar & Tarawih 1435H

24 Ogos, 2014

Nilam Puri: 6 Julai 2014, Yayasan Islam Kelantan telah menganjurkan program Tadarus Al-Quran, Iftar dan Solat tarawih bertempat di Dewan Yayasan Islam Kelantan pada 8 Ramadhan 1435H / 6 Julai 2014.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Al-Quran ayat 10 hingga ayat 13 Surah Al-Hujuraat oleh Ustaz Mahsor. Pengisian seterus majlis tadarus tersebut dengan ulasan ayat tersebut oleh YB Senator Dato Dr Johari bin Mat, Ahli Dewan Negara. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dari YB Dato Dr Mohamed Fadzli bin Dato' Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan yang mengalu-alukan kehadiran YAB Ustaz Dato Hj Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.

YAB Ustaz Dato Hj Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan kemudiannya menyampaikan amanat kepada warga Yayasan Islam Kelantan dan kepada pengetua-pengetua sekolah yang hadir di majlis tersebut. Antara lain beliau memberi penekanan sektor pendidikan merupakan keutamaan bagi Kerajaan Negeri Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan perlu meneruskan kesinambungan pendidikan di negeri ini.

Majlis kemudiannya disusuli dengan wakil Mustasyar Islami Kedutaan Arab Saudi yang mengimamkan solat terawih secara berjemaah di Dewan Yayasan Islam Kelantan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib