Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

faq
Soalan Lazim
hubungi kami
Hubungi Kami
aduan & maklum balas
Aduan & Maklum Balas
peta laman
Peta Laman
08 Oktober, 2026

YIK Perkukuh Keselamatan Institusi Pendidikan, 90 Guru Dilatih Sebagai Penyelaras Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C)

08 Oktober, 2026

Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjong, 8 September, 8 Oktober 2026 – Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Kursus Kompetensi Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C) Yayasan Islam Kelantan Tahun 2026 pada 6 hingga 8 Oktober 2026.

Kursus yang melibatkan seramai 90 orang peserta dalam kalangan guru YIK ini menghimpunkan wakil daripada institusi-institusi pendidikan di bawah YIK di seluruh Negeri Kelantan. Penganjuran kursus ini bertujuan untuk melahirkan penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang kompeten, selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya seorang Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C).

Pelaksanaan kursus selama tiga hari berturut-turut ini dijalankan secara serentak di tiga kelas berasingan, iaitu Dewan Seminar 1 dan 2, Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) serta Bilik Seminar Kompleks Pentadbiran YIK. Setiap kelas dihadkan kepada 30 orang peserta bagi memenuhi keperluan pelaksanaan dan penilaian kursus untuk melayakkan peserta memperoleh kompetensi OSH-C.

Melalui penganjuran ini, YIK berharap agar setiap peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh di institusi masing-masing, sekali gus memperkukuh budaya kerja yang selamat dan sihat serta meningkatkan tahap kesedaran terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam persekitaran pendidikan.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan YIK dalam memperkasa kompetensi warga kerja serta memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan diberikan perhatian sewajarnya di seluruh institusi pendidikan di bawah YIK.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib