Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
29 Ogos, 2014

Menyorot Perkembangan Gaza

29 Ogos, 2014

NILAM PURI : Pejabat Yayasan Islam Kelantan telah menganjurkan satu ceramah bertajuk Menyorot Perkembangan Gaza pada hari Khamis, 19 Ogos 2014 bersamaan dengan 23 Syawal 1435 Hijrah, bertempat di Bilik Seminar 1, Yayasan Islam Kelantan. Majlis dihadiri oleh seramai 100 orang pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh WANIS dari Yayasan Islam Kelantan.


Ceramah Menyorot Perkembangan Gaza tersebut telah disampaikan oleh YBhg. En. Johan Arif Bin Ismail selaku Ketua Unit Media MAPIM yang juga merangkap ahli Delegasi Bantuan Kemanusiaan ke Syria, Gaza dan Myanmar. Antara intipati daripada ceramah tersebut adalah mengenai Bumi Syam dan kepentingannya, penderitaan yang dialami oleh umat Islam di Gaza, sumbangan-sumbangan yang telah disampaikan kepada penduduk Islam di sana dan juga pembinaan yang telah dijalankan di negara tersebut bagi meringankan beban penduduk hasil daripada kutipan derma dan sumbangan dari rakyat Malaysia.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib