Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
02 November, 2014

Taklimat Kesedaran GST

02 November, 2014

Nilam Puri: Satu sesi penerangan mengenai GST telah diadakan di bilik seminar Yayasan Islam Kelantan pada 2 November 2014. Majlis ini dihadiri oleh kakitangan Pejabat Yayasan Islam Kelantan dan ianya dianjurkan oleh Bahagian Pelaburan Yayasan Islam Kelantan dengan tujuan memberi kefahaman kepada kakitangan Yayasan Islam Kelantan mengenai GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015 iaitu tahun hadapan.

Majlis ini dipengerusikan oleh Tuan Hj Abdul Kadir bin Othman Penolong Pengarah Pelaburan yang mengalu-alukan kedatangan En Suhaimi bin Yaacob Pegawai Bahagian GST, JKDM Kota Bharu, Kelantan. Dalm ucapan YM Pengarah YIK Tuan Hj Tengku Azmi bin Hj Jaafar meminta kakitangan Yayasan Islam Kelantan agar memberi penumpuan terhadap topik yang akan dibentangkan ini serta kepentingannya dalam menghadapi GST pada masa hadapan.

Sesi penerangan ini berjalan dengan baik selama 2 jam, dan diakhiri dengan sesi soal jawab yang mendapat maklumbalas yang baik dari para peserta. Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengahari. 

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib