Laporan Keputusan SPM 2014 Sekolah YIK (2)
LAPORAN KEPUTUSAN SPM (SIJIL PELAJARAN MALAYSIA) TAHUN 2014
YAYASAN ISLAM KELANTAN
Seramai 4,828 pelajar daripada sekolah Yayasan Islam Kelantan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014. Calon yang berjaya memperolehi 9A hingga 12A berjumlah 143 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 32 pelajar telah memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran dimana 2 orang calon memperoleh 12A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Mereka terdiri 1 orang daripada Maahad Syamsul Maarif (P) Pulai Chondong dan seorang daripada Maahad Muhammadi Tumpat manakala 2 orang telah mendapat cemerlang tertinggi apabila memperolehi 10A+.
Dua orang  pelajar cemerlang tertinggi ialah Ain Atiya Azmi Bt Nazmi Maahad Muhammadi Perempuan 11A (10A+, 1A) manakala Abdul Wafi Bin Misbah memperolehi 11A (10A+, 1A-), manakala Faqihah Bt Yusof Maahad Syamsul Maarif Perempuan Pulai Chondong memperolehi 12A (9A+, 3A) dan Ghazian Amin Bin Mukhtar (12A (3A+, 7A, 2A-) dari Maahad Muhammadi Tumpat.
Daripada jumlah calon SPM tahun 2014, seramai 4,492 atau 93.04% layak mendapat sijil iaitu penurunan sebanyak 0.4% berbanding 2013. Ianya berlaku apabila kita melihat kepada syarat baru persijilan mulai tahun 2013 yang mewajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk melayakkan mereka mendapat sijil berbanding hanya lulus Bahasa Melayu pada tahun-tahun sebelumnya.
Sebanyak 12 buah sekolah telah mencapai kelulusan 100%Â termasuk Sekolah Menengah Bantuan Negeri Kelantan. Sekolah-sekolah tersebut ialah:
- Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu
- Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong
- Kolej Tahfiz Nurul Aman Kok Lanas
- Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
- Maahad Muhammadi Lelaki
- Maahad Muhammadi Pasir Pekan
- Maahad Muhammadi Pasir Mas
- Maahad Syamsul Maarif (P)
- Maahad Muhammadi Tumpat
- Maahad Pengajian Islam
- Maahad Ar Rahmah Kenali
- SMU(A) Rahmaniah Paloh
Â
SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG SPM TAHUN 2015
10A+
- Maahad Muhammadi Perempuan       - Ain Atiya Azmi bt Nazmi
- Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman         - Abdul Wafi bin Misbah
9A+
- Maahad Syamsul Maarif (P) Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â - Faqihah bt Yusof
- Maahad Ahmadi Tanah Merah         - Che Salmi bt Che Bahrun
- Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman         - Muhamad Hadzril Asyraf bin Azman
8A+
- Maahad Muhammadi Perempuan       - Siti Hajar bt Suhaimi
- Maahad Muhammadi Tumpat          - Nur Ain Sabrina bt Azmi