Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
13 April, 2015

Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan 2015

13 April, 2015

Nilam Puri, 9 April 2015 – Telah berlangsung Majlis Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan 2015. Kejohanan tersebut telah mempertandingkan 9 acara sukan iaitu Bola Sepak, Bola Tampar (L), Badminton (L), Pingpong (L), Sepaktakraw, Bola Jaring, Bola Tampar (P), Badminton (P) dan Pingpong (P).

Majlis Penutup Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan 2015 telah diadakan di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan, Nilam Puri. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Exco Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan YB Dato' Hj. Abd. Fattah B. Hj. Mahmood. Turut berucap YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Ab Rahman B. Tuan Yunus dengan ucapan tahniah kepada pelajar, guru-guru serta ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan juga memberikan kata-kata semangat dan harapan terhadap pertandingan KESSUMA yang bakal diadakan pada bulan Jun nanti di Johor Darul Takzim.

Berikut merupakan keputusan penuh Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan 2015 :

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib