Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
12 Mei, 2015

Persidangan Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran Dan Pendidikan Islam (LEPAI) Kali Ke 44

12 Mei, 2015

KOTA KINABALU – Satu Persidangan Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran Dan Pendidikan  Islam (LEPAI)  Kali Ke 44 telah diadakan di Negeri Sabah pada 12 Mei 2015. Persidangan LEPAI ini diurusetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah ini. Mesyuarat tahunan berkenaan diadakan bagi membincangkan berkaitan penyelarasan pendidikan Islam untuk sekolah-sekolah agama di seluruh Malaysia. Antara ahli-ahli mesyuarat adalah terdiri dari wakil-wakil setiap negeri, jabatan agama dan yayasan Islam negeri.



Kerajaan Kelantan diwakili oleh YB Ust. Muhammad Awang Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan dan Pengajian Tinggi, YM Tengku Ab. Rahman bin Tuan Yunus Pengarah Yayasan Islam Kelantan . Turut hadir sama Hj Che Kamaruddin Kamel bin Che Muhammad Timbalan Pengarah Sekolah.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib