Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
06 Julai, 2015

Majlis Tadarus Ramadhan 1436H

06 Julai, 2015

Nilam Puri: 25 Jun 2015, Yayasan Islam Kelantan telah menganjurkan program Tadarus Ramadhan dan Solat tarawih bertempat di Dewan Yayasan Islam Kelantan pada 8 Ramadhan 1436H / 25 Jun 2015.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan dari YB Dato Dr Mohamed Fadzli bin Dato' Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan yang mengalu-alukan kehadiran YAB Ustaz Dato Hj Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.

YAB Ustaz Dato Hj Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan kemudiannya menyampaikan amanat kepada warga Yayasan Islam Kelantan dan kepada pengetua-pengetua sekolah yang hadir di majlis tersebut. Antara lain beliau memberi penekanan sektor pendidikan merupakan keutamaan bagi Kerajaan Negeri Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan perlu meneruskan kesinambungan pendidikan di negeri ini.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Mahsor. Pengisian seterusnya ayat-ayat Al-Quran tersebut diulas bagi mengetahui maksud-maksud disetiap ayat yang telah dibaca.

Majlis kemudiannya disusuli dengan wakil Mustasyar Islami Kedutaan Arab Saudi yang mengimamkan solat terawih secara berjemaah di Dewan Yayasan Islam Kelantan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib