Karnival Sukan Muhibbah Sempena Hari Yayasan Islam Kelantan 2015
Nilam Puri - Telah berlangsung satu Majlis Karnival Sukan Muhibah sempena Hari Yayasan Islam Kelantan 2015 yang diadakan pada 19 Ogos 2015. Karnival sukan yang meriah ini disertai oleh warga YIK yang mewakili pasukan Yayasan Islam Kelantan, pasukan Persidangan Pengetua, pasukan Majlis Pengetua A dan pasukan Majlis Pengetua B.
Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah bola sepak, badminton, bola tampar dan sepak takraw untuk lelaki manakala bola jaring, bola tampar dan dart untuk perempuan. Pasukan Yayasan Islam Kelantan dinobatkan Johan Keseluruhan diikuti Persidangan Pengetua sebagai Naib Johan. Tempat ketiga dirangkul oleh Majlis Pengetua B manakala Majlis Pengetua A mendapat tempat keempat.
Acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan YM Tengku Ab Rahman Bin Tuan Yunus kepada ketua-ketua pasukan bagi setiap acara. YM Pengarah turut turun padang dan mewakili pasukan Yayasan Islam Kelantan di dalam acara Bola Sepak dan Badminton yang juga menjadi juara bagi acara tersebut. Manakala Timbalan Pengarah Pengurusan En Mohd Kamaruddin Bin Omar mewakili pasukan Yayasan Islam Kelantan menerima piala johan keseluruhan dari YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan dengan kutipan mata dengan menjadi johan di dalam tiga acara dan naib johan di dalam empat acara. Berikut merupakan senarai penuh keputusan bagi acara-acara yang terlibat di dalam Majlis Karnival Sukan Muhibah sempena Hari Yayasan Islam Kelantan 2015.
BIL |
ACARA |
JOHAN |
NAIB JOHAN |
KETIGA |
KEEMPAT |
1 |
Bola Sepak |
YIK |
Majlis Pengetua (B) |
Persidangan Pengetua |
Majlis Pengetua (A) |
2 |
Badminton |
YIK |
Persidangan Pengetua |
Majlis Pengetua (B) |
Majlis Pengetua (A) |
3 |
Bola Tampar (L) |
Persidangan Pengetua |
YIK |
Majlis Pengetua (A) |
Majlis Pengetua (B) |
4 |
Sepak Takraw |
Majlis Pengetua (B) |
YIK |
Persidangan Pengetua |
Majlis Pengetua (A) |
5 |
Bola jarring |
Persidangan Pengetua |
YIK |
Majlis Pengetua (A) |
Majlis Pengetua (B) |
6 |
Bola Tampar (P) |
Persidangan Pengetua |
YIK |
Majlis Pengetua (B) |
Majlis Pengetua (A) |
7 |
Dart |
YIK |
Persidangan Pengetua |
Majlis Pengetua (B) |
Majlis Pengetua (A) |