Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
21 September, 2015

Sambutan Hari Malaysia 2015

21 September, 2015

Kota Bharu, 16 September 2015, Yayasan Islam Kelantan telah menghantar wakil bagi menyertai Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2015. Sambutan tersebut diadakan dengan disertai 1,798 peserta yang mewakili 58 kontinjen dari jabatan kerajaan persekutuan dan negeri di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bermula 8.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian dengan turut dihadiri Panglima 8 Briged Infantri, Brig Jen Zarondin Md Amin dan barisan anggota exco kerajaan negeri. Sambutan diserikan dengan perbarisan Jalur Gemilang dan bendera-bendera negeri oleh anggota pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diaraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib