Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
21 September, 2015

Majlis Keraian Kontijen Kelantan KESSUMA & MIISMAM 2015

21 September, 2015

Telah berlangsung satu Majlis Keraian Kontijen Kelantan KESSUMA & MIISMAM 2015 bersempena mendapat Johan Keseluruhan dalam KESSUMA 2015 & Tempat Ketiga dalam MIISMAM 2015. Turut hadir YB Dato' Hj Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan YM Hj Tengku Abdul Rahman bin Tuan Yunus, Pengarah Yayasan Islam Kelantan.

Majlis berlangsung pada pukul 12:00 tengahari di Restoran Syam, Kota Bharu, Kelantan. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YM Hj Tengku Abdul Rahman bin Tuan Yunus dan kemudiannya ucapan daripada YB Dato' Hj Abdul Fattah Mahmood. Seterusnya diikuti dengan acara penyampaian sijil dan hadiah kepada para pemain yang telah mengharumkan nama baik Yayasan Islam Kelantan, disampaikan juga hadiah kepada jurulatih terbaik KESSUMA bagi tahun 2015. Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari bagi semua tetamu yang hadir.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib