Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
21 September, 2015

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC 2015

21 September, 2015

Telah berlangsung satu Majlis APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) bagi tahun 2015. Majlis bermula pada pukul  8.00 malam di Dewan Bunga Emas Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan. Majlis dihadiri oleh YB Ustaz Dato' Haji Mohd Amar Bin Haji Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Ust. Muhammad Awang, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan dan Pengajian Tinggi dan YM Haji Tengku Ab. Rahman bin Tuan Yunus, Pengarah Yayasan Islam Kelantan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YM Haji Tengku Ab. Rahman bin Tuan Yunus dan kemudiannya diikuti oleh ucapan daripada YB Ustaz Dato' Haji Mohd Amar bin Haji Abdullah. Seterusnya ditayangkan clip video aktiviti-aktiviti Yayasan Islam Kelantan sepanjang Tahun 2015. Sambil menjamu selera hadirin dihiburkan dengan persembahan dikir barat daripada ahli kumpulan Dikir Barat Yayasan Islam Kelantan. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Pekerja Contoh Bulanan, Anugerah Pertandingan Inovasi ICT Peringkat Negeri Kelantan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. Majlis berakhir pada pukul 11.15 malam

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib