31 Oktober, 2015
Taklimat SMPS (Sistem Maklumat Peperiksaan Sekolah)
31 Oktober, 2015
Pada 9-10 Disember 2015 telah berlangsung satu taklimat mengenai SMPS (Sistem Maklumat Peperiksaan Sekolah) bagi guru-guru sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Taklimat tersebut telah diadakan di dalam bilik seminar Pejabat Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri. Ianya bertujuan untuk mendedahkan kepada para guru mengenai kaedah penggunaan sistem tersebut. Taklimat dimulakan dengan ucaptama Penolong Pengarah Penilaian dan Peperiksaan, Ahmad Pakhruddin bin Deraman dan diteruskan oleh En. Shahrudin bin Mohammad daripada Syarikat A&E System Sdn Bhd.
Ditulis oleh: Hasif Mazlan