23 Februari, 2016
Kursus Pengurusan Kewangan Siri 7
23 Februari, 2016
Yayasan Islam Kelantan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Siri 7 pada 17 dan 18 Februari 2016. Kursus diadakan di Institut Latihan Peladang Machang, Kelantan dan dihadiri seramai lebih kurang 60 orang guru dari sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan. Kursus tersebut diurusetia oleh Unit Audit Dalam manakala taklimat kursus pula disampaikan oleh YBrs En. Zahari bin Mat Amin, Penolong Akauntan (Audit), Yayasan Islam Kelantan.
Ditulis oleh: Hasif Mazlan