06 Mac, 2016
YIK Fun Ride 2016
06 Mac, 2016
5 Mac 2016, Kelab Sukan dan Kebajikan YIK telah menganjurkan program berbasikal 'YIK Fun Ride' melibatkan penyertaan seramai lebih kurang 200 orang pegawai, kakitangan, pengetua dan guru-guru YIK dan diketuai oleh YM Pengarah YIK Sendiri. Acara kayuhan sejauh 15 KM itu disempurnakan pelepasannya oleh YB Dato' Abdul Fattah bin Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Ditulis oleh: Hasif Mazlan