31 Julai, 2016
MAJLIS PECAH TANAH PEMBINAAN ASRAMA SMU(A) AT TAQWA CHIKU CHIKU
31 Julai, 2016
Gua Musang: Pengarah Yayasan Islam Kelantan YM Tengku Ab Rahman b Tuan Yunus telah merasmikan Majlis Perasmian Pecah Tanah Pembinaan Asrama di SMU(A) atTaqwa Chiku Gua Musang mewakili YAB Ust. Dato' Menteri Besar pada 28 Julai 2016 bertempat di Dewan sekolah berkenaan.
"Tingkatkan kecemerlangan dan indahkan persekitaran merupakan dua tarikan utama untuk menambah jumlah pelajar dan pembangunan insan. Saya berharap agar sekolah ini menjadi setanding dengan sekolah lain. Saya ingin melihat kecemerlangan dan sumbangan sebanyak RM20,000.00 untuk lanskap dan penyelenggaraan kecil." ~ YM Pengarah
Ditulis oleh: Hasif Mazlan