Mesyuarat Agung JPKS Kali Ke 40 dan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baru
PANCHOR, 15 Oktober 2016 - YAB Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baru SMU (A) Tarbiah Mardhiah Panchor pada pagi tadi. Dalam ucapan perasmian tadi, beliau berkata:
"Kita mahu didik anak-anak pelajar melalui YIK bukan hanya jadi muslim tetapi mukmin yang berakhlak mulia. Pada zaman langit terbuka apa sahaja maklumat boleh di perolehi, maka para guru perlu ambil berat begitu juga ibu bapa agar dapat menghadkan penggunaan media baru ini kerana dibimbangi mereka terpengaruh dengan pemikiran yang salah hasil sebaran tidak benar. Kita tidak mahu mereka ketagih dengan dunia cyber, sebaliknya mereka perlu diberi galakan untuk mengikuti program-program yang dilaksanakan oleh YIK dan persatuan sekolah."
Pembinaan bangunan akademik baru tersebut menelan belanja RM 1.5 juta dan dijangka siap pada akhir 2017 bagi menampung jumlah pelajar yang sehingga kini sudah berjumlah seramai 1,558 pelajar. Turut hadir ke majlis tersebut, YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan, Exco Kerajaan Negeri, YB Dato' Anuar Tan, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Adun Chempaka, Pengarah YIK, Pengarah YAKIN, Ketua Eksekutif PKINK dan beberapa pemimpin setempat.