Lawatan Kerja 3 Hari Ke Kemboja
PHNOM PENH: YM Pengarah YIK (Yayasan Islam Kelantan) mengadakan lawatan kerja 3 hari ke Kemboja dari 19 hingga 21 Oktober 2016. Lawatan yang bertujuan mengukuhkan kerjasama pendidikan antara YIK dan Pejabat Mufti Kemboja ini disertai dengan program perasmian pemakaian kurikulum YIK bagi sekolah-sekolah menengah agama di Kemboja.
Selain itu YM Pengarah sempat meninjau pusat-pusat Peperiksaan SMU yang sedang berlangsung, di mana YIK turut menghantar pegawai mengawasi perjalanan peperiksaan berkenaan. Dalam perkembangan berkaitan beliau juga menyampaikan sumbangan kepada Mufti Kerajaan Kemboja dan bertukar-tukar cenderahati dengan YB Zakariyya Adam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja merangkap Timbalan Mufti. turut sama dalam program YB Setiausaha Kementerian Pelajaran Kemboja.
YM Pengarah diiringi oleh Timbalan Pengarah (Akademik) Tuan Haji Mohd Zaki bin Deraman dan Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan Ustaz Mohd Mansor bin Haji Daud