Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
18 November, 2016

Program Menanam Kelapa Sawit di Pusat Pengajian Pondok Kandis

18 November, 2016

Telong, Kandis, Bachok - Pengerusi Jawatankuasa, Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan hadir menyempurnakan Program Gotong Royong Menanam Kelapa Sawit fasa kedua di Pusat Pengajian Pondok Telong, Kandis Bachok pada 16 November 2016 bersama YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan. Program ini dihadiri oleh kakitangan lelaki dari pejabat Yayasan Islam Kelantan serta warga kerja Pusat Pengajian Pondok.

Yayasan Islam Kelantan (YIK) sedang mengambil langkah ke hadapan dengan melebarkan usaha untuk menambah sumber pendapatan baru bagi menampung perbelanjaan YIK yang makin meningkat.
Langkah proaktif ini diambil dengan mengusahakan tanaman kelapa sawit seluas 27 ekar di Pusat Pengajian Pondok Telong, Kandis Bachok. 

Gotong-royong kali pertama memulakan tanaman ini telah diadakan pada 27 oktober 2016, melibatkan pegawai dan kakitangan lelaki Pejabat Yayasan Islam Kelantan dan pelajar-pelajar Pusat Pengajian Pondok. Adalah dianggarkan sebanyak 1620 pokok akan ditanam di kawasan berkenaan. 

YIK menjangkakan pulangan hasil kelapa sawit berkenaan sekitar RM70 ribu setahun pada tahun keempat dan akan meningkat dari tahun ke setahun apabila ianya mendapat hasil bermula selepas tiga tahun pertama.

Yayasan Islam Kelantan mengharapkan agar usaha murni ini mendapat kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat mempelbagaikan sumber dengan memaksimakan penggunaan tanah-tanah di bawah Yayasan Islam Kelantan - SH

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib