Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
30 November, 2016

Maahad Sains Tok Guru Lakar Sejarah Baru Dalam Penerokaan Pendidikan Di Kelantan

30 November, 2016
Pengkalan Chepa - Maahad Sains Tok Guru adalah sekolah perintis Yayasan Islam Kelantan(YIK) yang menggabungkan elemen tahfiz (5 juzuk), sains tulen, penguasaan bahasa Arab/Inggeris dan pengajian kitab turath (pondok) secara bersepadu. MSTG mengekalkan mata pelajaran teras berasaskan kurikulum arus perdana dan Maahad Bu'uth sebagaimana sekolah-sekolah YIK yang lain. Pendekatan program-program pembinaan jati diri, penguasaan bahasa dan pemahaman kitab turath adalah antara yang berbeza dengan sekolah YIK sedia ada. Di samping itu pemilihan guru juga antara yang terpilih dan mampu merealisasikan hasrat berkenaan. 
 
Majlis penyerahan tugas dan melapor diri guru-guru telah diadakan di Maahad Sains Tok Guru pada 27 November 2015. Dalam majlis berkenaan, YM Pengarah telah menegaskan bahawa antara perhatian YIK melahirkan genegarasi yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab dan Inggeris dan merupakan tunjang kekuantan pendidikan sebagaimana yang digariskan dalam enakmen Yayasan Islam Kelantan No 8 tahun 1982 dan selaras dengan visi Yayasan Islam Kelantan iaitu peneraju kecemerlangan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab menjelang 2020.  Guru-guru perlu memberi komitmen dan fokus sehingga pencapaian akademik dan kurikulum dapat dicapai sebagaimana yang dihasratkan oleh Kerajaan.MSTG merupakan sekolah pelopor yang menawarkan bidang pengajian merangkumi tahfiz, sains dan turath dalam satu pakej pendidikan.

Dalam majlis yang sama beliau turut melawat dan meninjau perjalanan ujian lisan yang diadakan serentak dengan Maahad-maahad kawalan yang lain. Sehingga kini, sebanyak 198 permohonan telah diterima.

 

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib