Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
19 Jun, 2017

Majlis Tadarus al-Quran Ramadhan 1438H/2017M bersama Menteri Besar Kelantan

19 Jun, 2017

NILAM PURI - Majlis Tadarus Al-Quran 1438H/2017M sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi peringkat Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah diadakan
di Dewan Yayasan Islam Kelantan pada 31 Mei 2017 bersamaan 5 Ramadhan 1438H. 

Majlis diserikan dengan kehadiran YAB Ustaz Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob dan Pengurusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli b. Dato' Hj Hassan. Majlis yang dimulakan dengan bacaan tadarus al-Quran beramai-ramai dan disusuli dengan syarahan tafsir oleh YB Senator Dato' Dr Johari Mat. 

Majlis ini bermula jam 4 petang hingga solat Magbrib dan turut yang dihadiri oleh kesemua warga kerja Yayasan Islam Kelantan (YIK)
serta pengetua-pengetua sekolah Yayasan Islam Kelantan. Program ini merupakan salah satu aktiviti kerohanian tahunan dalam meraih kemanfaatan di bulan Ramadhan yang mubarak. 

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib