20 Mac, 2018
Taklimat YM Pengarah Kepada Pelajar Yang Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah
20 Mac, 2018
Kota Bharu : 20 Mac 2018, telah berlangsung sebuah majlis di Bilik Seminar 2 Yayasan Islam Kelantan yang mana dalam majlis ini telah di datangi oleh pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Dalam majlis ini YM Pengarah YIK, Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus telah memberi ucapan tentang persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dari segi mental, fizikan dan terumata sekali dari kewangan.Â
Majlis ini diteruskan lagi dengan ucapa oleh Penolong Pengarah (HEM), Ustaz Ahmad Pakhruddin Bin Deraman dan Penolong Pengarah (Perkhidmatan Guru) Azhar Bin Salleh tentang universiti di luar negara dan bidang yang disediakan berserta yuran tahunan.
Turut hadir Timbalan Pengarah (Akademik) Ustaz Zaki bin Deraman.
Ditulis oleh: Hasif Mazlan