765 pelajar terima Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2017
Pengkalan Chepa - Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2017 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah (PUTIK) di sini baru-baru ini merupakan kali ke-14 diadakan sejak tahun 2006.
           Penghargaan berupa sumbangan Kerajaan Negeri ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat 9A dan ke atas bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pengkat Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) dan 4P A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM).
           Kira-kira seramai 765 orang pelajar menerima anugerah ini yang terdiri dari sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri, sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan, Maktab Rendah Sains Mara dan juga Anak Kelantan yang cemerlang dari sekolah-sekolah luar negeri.
           Yb Dato' Haji Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan merasmikan program berkata, anugerah kecemerlangan ini merupakan antara acara tahunan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memberi galakan, penghargaan, suntikan semangat dan perangsang kepada pelajar-pelajar Kelantan yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang diadakan pada 2017 yang lalu.
           Katanya lagi, Kerajaan Negeri telah menjadikan agenda pendidikan sebagai keutamaan bagi membangunkan sebuah masyarakat berilmu yang mampu membangun diri dan menggerakan aktiviti harian selari dengan panduan yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada semua manusia.
           Yb Dato' Haji Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, sejak anugerah ini mula diperkenalkan mulai tahun 2006 Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM5.76 juta sehingga tahun 2017 dengan harapan sumbangan ini akan menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk lebih terus gigih berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa yang akan datang.
BIL |
TAHUN PEPERIKSAAN |
BILANGAN PENERIMA |
AMAUN |
1 |
2006 |
999 |
RM499,500.00 |
2 |
2007 |
904 |
RM452,000.00 |
3 |
2008 |
729 |
RM364,500.00 |
4 |
2009 |
1,215 |
RM607,500.00 |
5 |
2010 |
916 |
RM458,000.00 |
6 |
2011 |
1,078 |
RM539,000.00 |
7 |
2012 |
1,124 |
RM562,000.00 |
8 |
2013 |
1,142 |
RM571,000.00 |
9 |
2014 |
826 |
RM413,000.00 |
10 |
2015 |
1,044 |
RM522,000.00 |
11 |
2016 |
770 |
RM385,000.00 |
12 |
2017 |
765(sehingga kini) |
RM382,500.00 |
 JUMLAH |
 11,512 ORANG |
RM5,756,000.00 |
           Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan, Timbalan Pengerusi Jawatan Pembangunan Insan, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi, Dato’ Mohammad Awang, YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus dan Timbalan-timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan serta para Pegawai Yayasan Islam Kelantan.