Majlis Qiamullail Ramadhan 2018/1439H Peringkat Yayasan Islam Kelantan
Nilam Puri :Â Pejabat Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menganjurkan program qiamullail pada malam 23 RamadhanÂ
1439h bersamaan 8 Jun 2018. Program telah diadakan di surau Yayasan Islam Kelantan dan program ini dihadiri oleh YM Tengku Haji Ab Rahman bin Tuan Yunus, Pengarah Yayasan Islam Kelantan bersama timbalan-timbalan Pengarah YIK.Â
Program yang bermula awal jam 4 pagi itu diisi dengan amal ibadah seperti qiamullail dan solat tahajud secara berjemaah serta bersahur beramai-ramai dengan jamuan sahur yang telah disediakan. Program kemudiannya diteruskan lagi dengan solat subuh berjemaah yang diimamkanÂ
oleh Ustaz Mohamad Bin Muda, Penolong Pengarah Kurikulum. Kemudian tazkirah subuh disampaikan oleh Pahruddin Karimi Bin Che Muhammad.
Majlis ini turut dihadiri oleh penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai dan seluruh warga kerja lelaki Yayasan Islam Kelantan.