YIK Sumbang Kenderaan kepada Maahad Sains Tok Guru (MSTG)
Kota Bharu – Yayasan Islam Kelantan menyumbangkan kenderaan Proton Exora kepada Maahad Sains Tok Guru Pengkalan Chepa untuk kemudahan pelajar-pelajar.
Majlis penyerahan berkenaan telah diadakan pada 2 Julai 2018 di perkarangan pejabat Yayasan Islam Kelantan oleh YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus Pengarah kepada Tuan Haji Zakaria bin Mohamed, Pengetua Maahad Sains Tok Guru (MSTG) yang mewakili pentadbiran sekolah.
Yayasan Islam Kelantan mengharapkan pihak sekolah dapat menggunakan kemudahan ini bagi keselesaan pelajar khususnya memudahkan pergerakan menghadiri program-program rasmi sekolah.
Pihak YIK sentiasa komited dalam meningkatkan kemudahan bagi mempastikan program-program pendidikan Islam dan pembangunan modal insan di negeri Kelantan dapat dijayakan.