Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
06 Ogos, 2018

Program Menanam Durian Musang King di Tanah Merah

06 Ogos, 2018

Tanah Merah : YM Haji Tengku Ab Rahman Bin Tuan Yunus, Pengarah Yayasan Islam Kelantan hadir menyempurnakan Program Gotong Royong Penanaman Durian Musang King di Kampung Bukit Klewek, Tanah Merah pada 1 Ogos 2018 bersama Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan. Program ini dihadiri oleh pagawai serta kakitangan dari pejabat Yayasan Islam Kelantan.

Yayasan Islam Kelantan (YIK) sedang mengambil langkah ke hadapan dengan melebarkan usaha untuk menambah sumber pendapatan baru bagi menampung perbelanjaan YIK yang makin meningkat. Langkah proaktif ini diambil dengan mengusahakan tanaman durian musang king seluas 7 ekar di Kampung Bukit Klewek, Tanah Merah.

Gotong-royong kali ini merupakan fasa yang pertama bagi penanaman durian musang king yang melibatkan penanaman sebanyak 20 pohon. Manakala, fasa kedua akan membuat penanaman sebanyak 200 pokok durian musang king yang akan diadakan dalam masa yang terdekat.

YIK menjangkakan pulangan hasil durian musang king berkenaan sekitar lima ke enam tahun.

Yayasan Islam Kelantan mengharapkan agar usaha murni ini mendapat kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat mempelbagaikan
sumber dengan memaksimakan penggunaan tanah-tanah di bawah Yayasan Islam Kelantan

 

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib