Kontinjen YIK Menyertai Sambutan Hari Malaysia 2018
Kota Bharu : Majlis Sambutan Hari Malaysia 2018 Peringkat Negeri Kelantan disambut di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 16 September 2018 dengan begitu meriah. Kontinjen Yayasan Islam Kelantan turut sama dalam pembarisan dengan penuh segak bersama 69 kontinjen jabatan kerajaan yang lain.
Sambutan itu dirasmikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Seri kaya Perkasa Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Fiessal, dan turut dihadiri Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Muhammad Huzaimi Sabri serta Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.
Majlis ini turut dipersembahkan dengan acara pertunjukan pacaragam tambur dan diceriakan lagi dengan persembahan dikir barat bahasa Arab oleh Kumpulan Soutul Balad Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu, Tumpat.
Majlis berakhir dengan bacaan doa dan perarakan keluar serta tabik hormat kepada ketua jabatan masing-masing oleh 69 kontinjen jabatan kerajaan.