Perjanjian Kerjasama Akademik Antara KIAS, YIK, dan Universiti Ez-Zitouna
Kota Bharu : 15 januari 2019, telah berlansung Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) diantara Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (KIAS) dan Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan dengan Universiti Ez-Zitouna Tunisia.
Perjanjian kerjasama akademik ini membolehkan lepasan Diploma KIAS dan Pusat Pengajian Pondok YIK menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PHD di Universiti Ez-Zitouna, Tunisia. Ijazah akan dikeluarkan oleh Universiti Ez-Zitouna.
Perjanjian ini akan mempertingkatkan jaringan kerjasama akademik di peringkat antarabangsa melalui penyelidikan dan penerbitan, program pertukaran pensyarah dan program pertukaran pelajar.
Program ini dijangka akan dapat dimulakan pada Jun 2019.
Pelaksanaan MOU ini merupakan salah satu usaha untuk menyemarakkan ilmu di negeri 'Serambi Mekah'