Kursus Pendidikan Berterusan Kumpulan 2 Fasa 2
KOTA BHARU – Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan kerjasama Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) telah berjaya menganjurkan Kursus Pendidikan Berterusan Kumpulan 2 Fasa 2 di Dewan Bakti, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu, Kelantan. Kursus yang dianjurkan tersebut berjalan selama 3 hari bermula 27 Januari 2019 sehingga 29 Januari 2019 dan dihadiri oleh peserta seramai 101 yang terdiri daripada guru-guru lantikan baru sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.
Dalam perasmian penutup yang disempurnakan oleh YABrs Pengarah ILPK, Dr. Yaakob bin Yusoff, beliau menzahirkan harapan kepada guru-guru agar bersedia dari segala aspek mental dan fizikal untuk menghadapi mehnah dan cabaran dunia pendidikan masa kini dan seterusnya berjaya membentuk jati diri pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.