Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
28 Februari, 2019

Yayasan Islam Kelantan Teroka Bidang Baru Menjana Pendapatan

28 Februari, 2019

Yayasan Islam Kelantan telah mengorak langkah untuk meneroka bidang baru dengan membina sebuah stesen minyak BHP yang terletak di lebuhraya Wakaf Che Yeh - Pasir Mas.

Menggunakan kaedah perlaksanaan Dealer Owner Dealer Operate (DODO) , pihak YIK melalui anak syarikat Akademi YIK Sdn Bhd akan bertanggungjawab untuk menguruskan stesen minyak ini dan dijangka mengambil masa sekitar 6 bulan untuk disiapkan dan di bina di atas tanah berkeluasan 33,864 kp turut menempatkan kedai serbaneka dan lain-lain kemudahan. Kedudukan pembinaan berkenaan berada di kawasan strategik kerana ianya merupakan jalan utama laluan menghubungkan kawasan luar bandar ke bandar kota Bharu.

Majlis solat hajat telah di adakan di tapak berkenaan yang di hadiri oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YM Haji Tengku Abd Rahman Tuan Yunus, Timbalan- timbalan Pengarah, Penolong-penolong pengarah, Pengurus Akademi YIK Sdn Bhd Encik Khairul Fatmee Bin Jusoh serta kakitangan lelaki Yayasan Islam Kelantan.

Anak syarikat Yayasan Islam Kelantan, Akademi YIK Sdn Bhd turut menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaaan lain seperti perumahan dan hartanah, perladangan, perlombongan, perniagaan air mineral dan usaha sama pembangunan dengan syarikat berkaitan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib