Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
10 April, 2019

Zon 6 Dinobatkan Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelantan Tahun 2019

10 April, 2019

KOTA BHARU, 10 April 2019: Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada hari ini telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelantan (KSSYIK) bagi tahun 2019. Kejohanan ini disertai oleh 8 pasukan zon dari seluruh sekolah-sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

Sebanyak 9 acara yang dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu 5 acara bagi kategori lelaki merangkumi bola sepak, bola tampar, badminton, ping pong dan sepak takraw. Manakala 4 acara bagi kategori perempuan pula ialah bola jaring, bola tampar, badminton dan ping pong.

Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari di beberapa venue pertandingan dan kemuncak kejohanan ini apabila Majlis Perasmian Penutup dilangsungkan pada hari ini jam 2.30 petang dan disempurnakan oleh YB Ustaz Azhar bin Salleh,  Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri Kelantan.

Dalam acara Perasmian Penutup, YB Ustaz Azhar bin Salleh juga telah menyerahkan sumbangan kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM100000.00 kepada Yayasan Islam Kelantan untuk pengurusan penyertaan negeri Kelantan ke Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) yang akan diadakan pada bulan Julai tahun ini.

Untuk kejohanan tahunan pada tahun 2019 ini, Zon 6 telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan kejohanan apabila berjaya memperolehi pungutan mata tertinggi iaitu 40 mata daripada 90 mata keseluruhan. Zon 6 diekori rapat oleh zon 3 yang muncul sebagai naib johan keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 36 mata keseluruhan.

Kejohanan ini juga dijadikan medan oleh Yayasan Islam Kelantan untuk melakukan sesi pemilihan awal peserta-peserta yang akan mewakili negeri Kelantan ke KESSUMA 2019 kelak.

Berikut merupakan keputusan bagi setiap acara yang dipertandingkan

  1. Bola sepak
    1. Johan : Zon 1
    2. Naib Johan : Zon 5
  2. Bola Tampar Lelaki
    1. Johan : Zon 3
    2. Naib Johan : Zon 7
  3. Badminton Lelaki
    1. Johan : Zon 1
    2. Naib Johan : Zon 2
  4. Ping Pong Lelaki
    1. Johan : Zon 6
    2. Naib Johan : Zon 1
  5. Sepak Takraw
    1. Johan : Zon 7
    2. Naib Johan : Zon 4
  6. Bola Jaring
    1. Johan : Zon 6
    2. Naib Johan : Zon 3
  7. Bola Tampar Perempuan
    1. Johan : Zon 3
    2. Naib Johan : Zon 6
  8. Badminton Perempuan
    1. Johan : Zon 5
    2. Naib Johan : Zon 6
  9. Ping Pong Perempuan
    1. Johan : Zon 2
    2. Naib Johan : Zon 7

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib