Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
25 April, 2019

Exco Pendidikan Ulangi Keyakinan Kemampuan Guru-guru YIK

25 April, 2019

NILAM PURI : Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli b Dato' Haji Hassan menyatakan keyakinan beliau terhadap kemampuan guru-guru Yayasan Islam Kelantan meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan agama di negeri ini. Meskipun kemudahan dan prasarana fizikal tidak setanding dengan institusi pendidikan lain, namun hasil kecemerlangan pelajar amat dibanggakan. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Surat Tawaran Guru Berelaun kepada 281 guru di Yayasan Islam Kelantan. Majlis berkenaan adalah langkah pertama terhadap komitmen kerajaan mewujudkan hanya 2 skim guru iaitu Guru Sandaran dan Guru Tetap menjelang 2020.

Dalam majlis yang sama beliau turut melahirkan harapan agar usaha ini akan memberi nafas baru kepada guru-guru Yayasan Islam Kelantan untuk menjadi lebih efektif dan efisien dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Kerajaan negeri juga menurutnya, akan memberikan komitmen yang terbaik dalam memastikan sistem pendidikan di negeri ini terus berkembang berlandaskan syiar Islam.

Hadir sama dalam majlis yang diadakan pada 24 April 2019 itu, YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib