Pencapaian Kelantan di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) kali ke 20
BANGI : Negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan telah menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) kali ke 20 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung pada 15 Julai 2019 sehingga 18 Julai 2019.
Kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pada tahun ini negeri Selangor Darul Ehsan telah dipilih sebagai tuan rumah dan disertai oleh semua negeri di Malaysia kecuali negeri Sarawak yang tidak menghantar kontinjen negeri.
Kontinjen Kelantan pula telah menghantar kekuatan peserta seramai 110 dan 35 pegawai termasuk pengurus dan jurulatih dan menyertai 9 acara yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut. 2 acara lagi iaitu mahrajan memanah lelaki dan perempuan terlebih dahulu telah dipertandingkan sebelum kejohanan KESSUMA berlangsung dan pencapaian tersebut juga diambil kira kedudukan tersebut dalam kejohanan ini.
Pencapaian keseluruhan kontinjen negeri Kelantan ialah menduduki tempat ke lima keseluruhan dibelakang pasukan negeri Terengganu yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan KESSUMA kali ke 20, pasukan negeri Pahang di tempat ke dua, pasukan negeri Selangor di tempat ke tiga dan pasukan negeri Perak di tempat ke empat.
Berikut merupakan pencapaian kontinjen Kelantan dalam KESSUMA kali ke 20 :
PENCAPAIAN |
ACARA |
---|---|
 Emas |
 Ping Pong (Lelaki) |
 Perak |
 Bola Sepak  Sepak Takraw |
 Gangsa |
 Bola Tampar (Lelaki)  Memanah (Lelaki)  Badminton (Perempuan) |
 Pencapaian Suku Akhir |
 Badminton (Lelaki)  Bola Jaring  Bola Tampar (Perempuan) |
 Peringkat kumpulan |
 Ping Pong (Perempuan)  Memanah (Perempuan) |